Wednesday, November 17, 2010

Malaysia di bawah BN : Negara terburuk rasuah di Asia Pasifik

TIjpg

























KUALA LUMPUR 17 Nov - Imej Malaysia selama 53 tahun di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional telah mengalami kerosakan yang teruk di mana ia telah ditarafkan sebagai negara terburuk di Asia Pasifik oleh badan membanteras rasuah, Transparency International (TI) sejak 1995.

Dalam laporan terbaru TI, Malaysia telah diletakkan dikedudukan paling corot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak penilaian itu dibuat 16 tahun lalu.


Mendedahkan perkara ini di Parlimen, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Malaysia telah jatuh dari tangga 23 daripada 41 negara pada 1995 dengan mata sebanyak 5.28 kepada kedudukan nombor 56 dengan mata sebanyak 4.4 pada tahun 2010.


Malaysia ketika itu berada di tangga ke enam sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura dan Jepun di kalangan negara Asia Pasifik.


"Selepas 16 tahun dan banyak kempen anti-rasuah dijalankan termasuk dua rang undang-undang anti-rasuah digubal dan mentransformasi Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang melibatkan dana awam yang besar, Malaysia terus dihantui dengan penarafan CPI pada tangga ke-56 sama seperti tahun lalu tetapi dengan mendapat mata yang lebih rendah iaitu 4.4 dan di tangga ke-11.


"Dalam tempoh 16 tahun Malaysia telah kalah kepada lima negara di Asia Pasifik iaitu Taiwan (tangga ke-33 mata 5.8), Bhutan (36/5.7), Brunei (38/5.5), Korea Selatan (39/5.4) dan Macau (46/5.0).


"Malah negara yang dahulu berada di kedudukan paling bawah kini telah berada di tahap yang lebih baik tetapi kedudukan Malaysia terus jatuh," tegas Kit Siang ketika membahaskan usul di Parlimen minggu lalu untuk memotong RM10 daripada gaji Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad kerana didakwa gagal dalam tugasnya membanteras rasuah.


Buktinya kata beliau, China berada pada tangga ke-40 dengan mata sebanyak 2.16 pada 1995 dan turun ke tangga 78 dengan mata 3.5 pada 2010.


Dengan mengambil kira peningkatan China dibandingkan dengan penurunan Malaysia, China dijangka melangkau Malaysia di segi kedudukan dalam CPI dan mata yang dicapai menjelang 2017.


Begitu juga Thailand yang ditaraf pada kedudukan 34 dengan skor 2.29 pada 1995 kini berada pada paras yang sama dengan China.


Malah India juga menunjukkan kesungguhan untuk menambahbaik dengan kedudukan 87 dengan skor 3.3 berbanding tangga ke-35 dengan mata sebanyak 2.78 pada 1995.


"Indonesia dilihat membuat kemajuan yang besar dalam usaha melawan gejala rasuah. Berada pada kedudukan paling rendah di paras 41 dengan skor 1.94 dalam CPI kini negara itu berada pada tangga ke-110 dengan skor 2.8 pada 2010.


"Malaysia juga kalah kepada negara lain seperti Turki dengan kedudukan ke-29 dan skor 4.4 pada 1995 tetapi sekarang bertambah baik di tangga ke-56 dengan skor 4.4.


"Keadaan begitu sedih sehingga Malaysia juga kalah kepada negara Timur Tengah umpamanya Jordan yang mencapai kedudukan ke-26 dengan skor 5.32 pada 1996 tetapi kali ini jauh meninggalkan kita dengan kedudukan ke-50 dan mata sebanyak 4.7.


"Saudi Arabia juga telah maju dengan kedudukan pada tangga ke-46 dengan skor 4.5 pada 2003 (ketika itu Malaysia di tangga 37 dengan skor 5.2) tetapi kini mencapai kedudukan ke-50 dengan skor 4.7.


"Nampaknya sejak tempoh 16 tahun Malayia dilihat oleh dunia menjadi semakin korup walhal negara lain semakin kurang gejala rasuahnya," jelas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.


Kit Siang berkata walaupun dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang membabitkan usaha memerangi rasuah telah meletakkan sasaran skor CPI daripada 4.5 tahun 2009 kepada 4.9 namun ia gagal apabila skor negara jatuh kepada 4.4.


Paling menjengkelkan kata tokoh politik veteran itu apabila Menteri yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI) dan NKRA di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala cuba menyembunyikan kelemahan kerajaan dengan mengatakan penilaian TI tidak tepat.


"Pemandu mendakwa skor Malaysia dalam 'IMD World Competitiveness Yearbook' bertambah baik daripada skor 5.2 kepada 6.3 manakala markah dalam 'Political and Economic Risk Consultancy’s (PERC) Asian Intelligence Newsletter' negara menokok daripada 4.5 kepada 4.6 sementara dalam 'World Economic Forum’s (WEF) Global Competitiveness Report' Malaysia mencatat indeks daripada 4.45 pada 2009 kepada 4.975 tahun ini.


"Penilaian TI dalam merangka CPI tidak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya. CPI Malaysia dikira menggunakan 9 sumber bebas seerti sebelumnya. Kecuali jika Pemandu juga mencabar kesahihan CPI terdahulu, ia tidak boleh mempertikaikan CPI bagi 2010," ujar Kit Siang lagi.


Beliau kesal dengan sikap dua Menteri kerajaan Umno-BN, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang sepatutnya merasa bimbang mengenai kedudukan CPI terbaru Malaysia tetapi sebaliknya mereka tidak mengendahkannya langsung.


Kit Siang menambah belanjawan untuk SPRM juga telah meningkat daripada RM76.4 juta pada tahun 2005 kepada RM202 juta dalam Bajet 2011 namun rekod membanteras rasuah terus merosot.

No comments: