Monday, November 8, 2010

Operasi Pejabat Agung PAS dibekukan 2 minggu




















KUALA LUMPUR, 9 Nov:
Operasi pentadbiran Pejabat Agung PAS yang terletak di tingkat satu bangunan pejabat milik parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur terpaksa dibekukan selama dua minggu sementara selesai kerja-kerja pembaikan yang dilakukan ekoran kebakaran 4 November lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali menjelaskan, kerja-kerja pembaikan yang dilakukan di tingkat tersebut telah pun bermula semalam, setelah pihaknya melihat dengan jelas kejadian yang berlaku dan mengadakan perbincangan dengan kontraktor terbabit.


“Kerosakan yang berlaku akibat kebakaran itu bukan major, tetapi kerja-kerja pembaikan mengambil masa agak lama sehingga paling kurang sehingga Raya Korban.


“Oleh itu, kakitangan Pejabat Agung PAS tidak diarahkan bekerja macam biasa. Mereka dikira bercuti dan on call jika ada keperluan-keperluan tertentu sepanjang tempoh pembaikan itu berlaku,” katanya pada sidang media dalaman di pejabat Harakah di sini, hari ini.


Menurut beliau, untuk urusan harian di Pejabat Agung, kakitangan tidak perlu datang ke pejabat macam biasa, tetapi tunggu maklumat baru yang akan dibuat oleh pihaknya apabila kerja-kerja pembaikan itu telah selesai dijalankan.


Sepanjang tempoh percutian itu, pihak-pihak yang ingin berurusan dengan kakitangan-kakitangan terbabit bagi menyelesaikan sebarang urusan boleh terus berhubung dengan individu berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Bagaimanapun, kata Mustafa
(gambar), mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan 14 November ini di tingkat lima bangunan pejabat itu akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Menjelaskan tentang kebakaran di tingkat satu bangunan pejabat itu, beliau berkata, kebakaran tersebut berpunca dari kabel elektrik masuk, manakala kos kerugian pula masih belum dapat dipastikan.


Beliau juga menjelaskan, pihaknya tidak mengesyakki sebarang kegiatan sabotaj dari sebarang pihak dengan kejadian itu.


“Begitu juga dengan dakwaan kecuaian kakitangan, langsung tidak berbangkit,” jelas beliau.

No comments: