Friday, November 12, 2010

PAS gerak 'Ops Cuci', Umno pula ' Ops Caci'

http://4.bp.blogspot.com/_Bkm-tBkRrbs/SORouPA1eYI/AAAAAAAAAew/F_D2CE7ZN_c/s400/cuci+umah.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_Bkm-tBkRrbs/SORouPA1eYI/AAAAAAAAAew/F_D2CE7ZN_c/s400/cuci+umah.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_Bkm-tBkRrbs/SORouPA1eYI/AAAAAAAAAew/F_D2CE7ZN_c/s400/cuci+umah.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_Bkm-tBkRrbs/SORouPA1eYI/AAAAAAAAAew/F_D2CE7ZN_c/s400/cuci+umah.JPG

KUALA KEDAH, 13 Nov. : PAS Kuala Kedah membidas kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang menuduh Kerajaan Negeri bersikap ‘lepas tangan’ dalam menangani isu banjir di negeri ini.

Pengarah Bilik Gerakan Banjir PAS Kuala Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, beliau kesal kerana ada pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar berusaha menangguk di air yang keruh dengan mengeluarkan kenyataan berniat jahat serta melemparkan tuduhan liar menerusi media.

“PAS Kawasan Kuala Kedah sudah bergerak memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan DUN Kubang Rotan sejak hari pertama banjir buruk melanda negeri ini.

“Pada saya, usaha mendapatkan ‘political mileage’ ketika masyarakat sedang berhadapan dengan bencana banjir luar biasa adalah perkara yang tidak patut dilakukan kerana ia boleh membawa keburukan kepada banyak pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bahawa kerajaan PAS Kedah lewat dan tidak cekap dalam membantu mangsa banjir di negeri ini.

Mohd Nasir berkata, pada 1 November, jawatankuasa bertindak PAS kawasan yang diketuainya sendiri, ditubuhkan selepas melakukan tinjauan awal di SK Gunung yang menjadi pusat penempatan banjir pertama di Kuala kedah.

“Sepatutnya pemimpin-pemimpin pusat yang mahu turun padang dapat mendengar sendiri taklimat di bilik gerakan negeri sebelum melawat kawasan-kawasan lain agar kenyataan yang dikeluarkan berdasarkan fakta yang betul,” katanya.

PAS Kuala Kedah akan menggerakan 'Ops Cuci' membantu mangsa banjir.SH

No comments: