Thursday, December 2, 2010

Ada RM 420.00 sebulan dah tak miskin di Perak

















SHAH ALAM, 2 Dis. : Tahap garis miskin tegar yang digunakapai oleh kerajaan Perak iaitu sebanyak RM420.00 adalah tidak munasabah memandangkan kos sara hidup seseorang individu di Perak jauh lebih tinggi daripada itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang dalam ucapan perbahasan beliau di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini menjelaskan garis kemiskinan tegar yang teramat rendah ini hanya akan menyenangkan kerajaan Barisan Nasional(BN) Perak tetapi tidak membawa sebarang makna kepada warga miskin tegar.

"Bantuan yang diberikan kerajaan negeri yang bertujuan untuk mengurangkan kesukaran hidup golongan miskin terlalu sedikit.

"Sebagai contoh, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi bantuan makanan yang diberikan setiap bulan untuk 4 ribu keluarga miskin tegar, maka setiap keluarga hanya dapat sekitar RM2.80 sehari," jelas beliau.

Beliau seterusnya menjelaskan, sekiranya sesebuah keluarga itu mmempunyai empat ahli maka setiap seorang hanya mendapat peruntukan 70 sen sehari, yang mana tidak mencerminkan langsung maksud sebenar program tersebut.

Selain itu, Chang juga telah mengetengahkan isu penipuan tanah kerajaan oleh para ahli dan pemimpin Umno.

Beliau berkata dalam tempoh kurang daripada dua tahun kerajaan Umno-BN memerintah Perak, telah timbul banyak penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam pengagihan tanah kerajaan.

Beliau memberi contoh di kawasan Rancangan Kampung Tersusun (RPT) Simpang Ampat seluas 7 ribu meter persegi yang mana pada asalnya diwartakan kepada golongan miskin tetapi apabila senarai pemilikan diumumkan didapati lot rumah tersebut telah diwartakan kepada ahli Umno.

Beliau mendedahkan di antara penerima lot merupakan pemegang jawatan peringkat bahagian atau cawangan Umno termasuk Setiausaha Bahagian Bagan Datoh dan dua ketua cawangan Umno.

Chang memberitahu Dewan bahawa di kebanyakan tempat, majoriti warga miskin tegar yang memerlukan bantuan adalah kaum Melayu dan para pemimpin Umno yang menipu serta merammpas hak rakyat Melayu juga Umno yang kononnya membela nasib orang Melayu.

"Ini satu bukti kukuh bahawa Umno bukan juara rakyat tetapi juara rampas tanah rakyat," tegas beliau.

Beliau seterusnya menyarankan kerajaan Umno-BN Perak agar menambah bajet bagi program-program membasmi kemiskinan agar lebih efektif dan bersikap lebih adil dan telus dalam isu pengagihan kekayaan negeri terutamanya tanah dan rumah.

No comments: