Thursday, December 23, 2010

Dah BN yang lancar ,politiklah namanya

Ronnie: Undang-undang Kecil Larang Iklan Bermesej Politik


SHAH ALAM 23 Dis.: Larangan penggunaan logo 1Malaysia bagi papan iklan dan bunting yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor sudah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dua minggu lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, mesyuarat memutuskannya kerana logo tersebut mempunyai mesej politik memandangkan ia dilancarkan Barisan Nasional (BN).

"Dia keputusan Exco kerana Exco rasa itu satu simbol politik," katanya.

Menurutnya lagi sudah termaktub dalam undang-undang kecil PBT bahawa mana-mana papan iklan gergasi dan bunting yang diluluskan PBT tidak boleh diletakkan mesej atau logo politik.

"Memang tak boleh, memang dia ada undang-undang kecil untuk iklan, memang tak boleh buat iklan yang ada unsur politik selain daripada masa pilihanraya," jelasnya kepada Tv Selangor.

Beliau turut berkata, pemilik kedai serbaneka sepatutnya tahu berkenaan larangan ini kerana garis panduan telah dikeluarkan.

Kenyataan Ronnie ini, berikutan demonstrasi secara aman yang dilakukan di hadapan salah sebuah premis di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, bagi membantah tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengeluarkan notis supaya menurunkan papan tanda kedai yang mempunyai logo 1Malaysia, semalam.

Kira-kira 100 orang berkumpul bersama pemimpin politik Umno-Barisan Nasional bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana premis berkenaan sebelum ini telah mendapat lesen daripada pihak berwajib.

Menurut salah seorang rakan kongsi kedai berkenaan, K Thiyagarajan, berkata, pihaknya menerima notis arahan selama tujuh hari supaya menanggalkan logo 1Malaysia yang tertera di papan tanda mengikut arahan daripada Exco Selangor dan Ahli Majlis Daerah Kuala Langat.

No comments: