Thursday, December 9, 2010

Exco Umno : ‘Apa boleh buat kerana kawasan balak terletak di kawasan Orang Asli’

IPOH, 10 Dis. : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat penjelasan Datuk Sharaani Mohamad, EXCO Kerajaan Negeri Perak yang melepaskan tanggungjawab terhadap permasalahan Orang Asli dengan menggunakan ungkapan ‘apa boleh buat kerana kawasan balak terletak di kawasan Orang Asli’ yang menjawab persoalan berkaitan pembalakan di kawasan Orang Asli yang menjejaskan persekitaran mereka akibat pembalakan tersebut.

Naib Ketua Pemuda PAS Perak Salman Salleh berkata, Sepatutnya kerajaan negeri menggariskan peraturan khas untuk kawasan pembalakan yang berjauhan daripada kawasan Orang Asli.


" Sikap tidak bertanggungjawab tersebut seolah-olah tidak memberikan jaminan keselamatan kepada Orang Asli. Umno / Barisan Nasional (BN) juga seperti sanggup menggadai Perkampungan Orang Asli daripada memastikan keselamatan mereka terjamin" katanya

Salman berkata, DPPN Pk meminta kerajaan negeri mewartakan Perkampungan Orang Asli demi memastikan persekitaran mereka terjamin dan bagi mengelakkan bencana alam akibat daripada pembalakan tersebut yang turut akan menjejaskan kawasan penempatan Orang Asli.


" DPPN Pk meminta agar Persatuan Orang Asli membuat bantahan dengan sikap lepas tangan kerajaan negeri ini" katanya

Menurutnya, DPPN Pk berharap pemeliharaan kawasan Orang Asli diberikan jaminan agar isu pembalakan di kawasan Orang Asli dihentikan segera. DPPN Pk yakin masyarakat Orang Asli memerlukan persekitaran yang terjamin demi kehidupan masa depan mereka.
DPPPk

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

3 comments:

adf55650 said...

Alahai Salman. Pandainye bercakap tenang mewartakan kawasan perkampongan orang asli.
Yang PAS Kelantan buat di Lojing tu apa cerita?
Sampai botak kawasan orang asli dikerjakan. Di Perak pandai pulak buat cadangan.

Anonymous said...

ade org ketinggalan kes lojing nmpaknye.. byk kan pembacaan ekk.. jbn la tunjuk jahil...

Anonymous said...

ni puak Sazmi Miah la ni. Bising tak dak bukti. Umno ni fitnah pandai, susahkan rakyat. Dah la jahil, bodo pulak