Wednesday, December 8, 2010

MIC dan MCA nak ikut macam Umno tuduh tanpa bukti

















SHAH ALAM, 8 Dis. : Dakwaan Persatuan Cina SeMalaysia (MCA) dan Kongres India SeMalaysia (MIC) bahawa kerajaan negeri Selangor berat sebelah dalam pemberian biasiswa dan pinjaman pendidikan adalah tidak benar sama sekali.

Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata dalam satu sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan petang tadi bahawa pemberian biasiswa dan pinjaman yang diberi oleh kerajaan negeri dan Yayasan Selangor tidak ada kuota langsung tetapi memberikan kepada sesiapa sahaja yang layak tanpa mengira bangsa.

"Kalau masalahnya kemiskinan, maka kita akan memberikan sama rata siapa yang paling miskin, itulah yang diutamakan, bukan berdasarkan bangsa," tegas beliau lagi.

Katanya lagi, program-program kebajikan kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan hadiah pelajar mendapat tempat di unviersiti tempatan bukan berdasarkan bangsa tetapi diberikan sama rata kepada semua warga Selangor yang layak.

"Polisi kita bukannya berdasarkan bangsa maka ini merupakan sesuatu yang tiada isu langsung tetapi dipolitikkan oleh MCA dan MIC, dan saya nak dengar Umno memberikan komen kerana sekarang didapati kaum Melayu yang paling ramai mendapat (biasiswa dan pinjaman), kenapa Umno tak suarakan?" soal beliau lagi.

Dr Halimah menambah, MCA dan MIC telah mengungkitkan isu yang amat bersifat perkauman dan mempersoalkan di mana letaknya MCA, MIC dan UMNO sedangkan dalam Konvensyen Barisan Nasional baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai '1Malaysia, 1Nation, 1Vision'.

"Maknanya mereka bukannya bercakap mengenai satu (bangsa) tetapi banyak (bangsa) manakala kita tidak langsung membezakan rakyat kita (Selangor) dalam apa isu sekalipun samada kebajikan, pendidikan, ataupun kesihatan," tambah beliau lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: