Wednesday, December 8, 2010

Zahid angkuh , bongkak















KUALA LUMPUR, 8 Dis. : Enggan memohon maaf sebaliknya hanya memberi penjelasan berhubung dakwaan bukan Melayu tidak patriotik kerana kurang menyertai Angkatan Tentera Malaysia(ATM) menunjukkan Datuk Zahid Hamidi langsung tidak menampilkan imej pemimpin Melayu yang berhemah dan budiman, ujar Datuk Mahfuz Omar.

"Angkuh, bongkak dan menjadikan soal patriotisma isu perkauman adalah mercu ciri-ciri rasis tegar," bidasya yang juga Naib Presiden PAS.

Mahfuz menjelaskan pihaknya dapat membaca permainan politik zahid itu.

"Kita sedia maklum masih ramai orang Melayu yang tidak menyertai sektor keselamatan negara, tetapi tidak pula mereka itu dituduh.

"Sekarang ini mereka bangkitkan soal bukan Melayu tak cukup patriotik. Tetapi bila mereka masuk beramai ramai, barangkali Umno akan mendakwa orang bukan Melayu cuba kuasai, dan mengancam keselamatan orang Melayu," katanya.

Menurut Mahfuz, PAS berpandangan soal ini tidak perlu menjadi isu kaum. Soalnya, kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk menarik minat rakyat menyertai sektor tersebut.

"Ini soal kemahuan manusia. Kita tidak boleh paksa mereka untuk sertai. Mungkin skim gaji dan sebagainya tidak menarik, atau tawaran yang diterima dari syarikat atau agensi lain menyamai kemahiran dan minat masing masing," katanya lagi.

Pagi ini di Parlimen selepas kira-kira sebulan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini membuat penjelasan mengenai kenyataan kontroversi isu patriotisme bukan Melayu dan penyertaan mereka dalam Angkatan Tentera Malaysia, tetapi enggan memohon maaf.

Menteri Pertahanan memberitahu bahawa beliau tiada niat sama sekali untuk menyinggung perasaan kaum bukan Melayu apabila memaklumkan kurangnya sambutan bukan Melayu untuk menyertai perkhidmatan ketenteraan adalah disebabkan rendahnya semangat patriotisme.

Bagaimanapun apabila Ahli Parlimen DAP dari Ipoh Barat M. Kulasegaran menggesa agar meminta maaf, Zahid tidak menghiraukan gesaan itu.

Usaha Kulasegaran untuk meneruskan perkara itu ditolak oleh Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee yang memberitahu wakil rakyat itu bahawa beliau boleh membangkitkan isu tersebut ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan minggu depan.

Sebelum ini mengulas perkara sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata Zahid perlu memberi penjelasan sebenarnya berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat, yang dilihat oleh sesetengah pihak seolah-olah menggambarkan "bukan Melayu tidak ramai menyertai tentera kerana kurang semangat patriotik.

"Kalaulah dianggap terlanjur... itupun saya tidak pasti. Tiada masalah meminta maaf... biasalah manusia (buat silap) saya pun biasa minta maaf kepada orang bila tersilap," kata Muhyiddin.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

2 comments:

Alman said...

ya betul.. marilah kita sokong PAS untuk jaminan masuk syurga seperti yg dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Sokong dan undi PAS, gerenti confirm masuk syurga..Hanya PAS dan ahlinya saja yang boleh menjaminkan kita berjaya dunia dan akhirat.. Hidup PAS, Hidup Nik Aziz..

Anonymous said...

Ini komen bodo Umno. Itu ja la hujahnya, ajak debat penakut. dok main kot jauh. Merata dia komen. menyusahkan orang Umno ni.