Wednesday, December 8, 2010

80 bermalam pertahan surau, Umno dan Perkasa tak nampak muka

surau madrasah al falah kg kerinchiKUALA LUMPUR, 9 Dis. : Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 14 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Semuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.

"Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi surau Jasni Abdullah.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiMenurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.

Ini kerana, kata Jasni, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka turut menunai solat hajat supaya surau berkenaan tidak dirobohkan.

Menurutnya, pada mulanya, berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut.

Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu.

Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiNamun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.

Penduduk juga kata Jasni, menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum menerima sebarang maklum balas.

"Saya masih lagi dalam proses perundingan dengan DBKL," katanya.

Ditanya sama ada surau ini dicadangkan dirobohkan kerana dilabel sebagai kubu penyokong PAS, Jasni berkata beliau ada mendengar mengenai perkara tersebut.

Namun, beliau menafikan perkara itu dan berkata surau berkenaan bebas daripada dipengaruhi parti politik.

nurul izzah surau madrasah al falah kg kerinchiSebelum itu, ahli parlimen LembahPantai Nurul IzzahAnwar berkata beliau berharap pihak DBKL dan menteri menjawab persoalan aduan pihak penduduk mengapa surau ini mahu dirobohkan.

"Pihak surau menggunakan saluran diplomasi, tetapi tidak surat (mereka) dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan.

Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara ini kepadanya, tetapi Nurul Izzah meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik".

"Tapi surat mereka tidak diendahkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi, di surau berkenaan - yang terletak dalam parlimennya.

Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan.

Setakat jam 10.30 pagi, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat dua pegawai polis di surau ini. Malaysiakini

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: