Wednesday, December 22, 2010

PAS Johor sudah bersedia

http://buletinonline.net/images/stories/berita36/maazlanaliman.jpgPengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman memberitahu seluruh jentera di peringkat negeri Johor akan bermula berkampung secara rasmi di Tenang pada 25 Disember ini.

Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor berkata, jentera pembantu dari luar dijangka tiba bermula 31 Disember ini bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) itu juga berkata, beliau telah mengerahkan jentera NGO itu membantu PAS dan memainkan peranan penting dalam pilihanraya kecil tersebut.

Menurut rekod, kempen kesedaran dari ANAK dan Pakatan Rakyat telah menyaksikan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman RM200 juta terhadap Felda, selepas mendapati badan itu telah menipu hasil perahan minyak.

Mengenai persiapan menghadapi PRK Tenang, beliau memaklumkan, jawatankuasa operasi pilihanraya kecil peringkat negeri telah ditubuhkan bagi merangkapersiapan dari segi logistik, penginapan dan kempen.

"Mula berkampung secara rasmi dipilihan raya kecil tenang ini bermula daripada 25hb ini, seluruh jentera kita di peringkat negeri johor,kawasan-kawasan telah mula berkampung," kata Mazlan.

Ketika ditanya mengenai tumpuan kempen pula, undi dari pemuda-pemuda felda dijangka menjadi fokus Barisan Nasional kerana jumlah yang lebihbesar berbanding peneroka-peneroka yang sedia ada.

"kita menjangkakan kali ini persaingan sengit untuk mendapatkan pengundi di kalangan orang muda, generasi muda kedua atau ketiga,mereka ini jumlahnya lebih besar daripada pengundi peneroka yang ada," ujarnya.

Kerusi Dun Tenang kosong setelah penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah danpenyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Umno Bahagian Labis sejak 2001 itu mula dipilih Adun Tenang pada pilihan raya ke-11 tahun 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008, menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata gerak-kerja PAS telah dikerah dan sedang aktif bergerak di kawasan-kawasan sasaran. Calon yang dipilih bagaimanapun tidak akan diumumkan sehingga tarikh pilihanraya diumum pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

"PAS akan tunggu pengumuman sebelum mengumumkan nama calon, dan bila jentera akan digemblengkan sepenuhnya," katanya.

No comments: