Friday, December 17, 2010

Pemuda PAS Parit Buntar terus prihatin kebajikan rakyat










PARIT BUNTAR :
Dewan Pemuda PAS Parit Buntar terus menjalankan aktiviti kebajikannya apabila baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

Ketua Penerangannya, Hairul Nizam Ishak berkata, siri jelajah pemuda PAS Parit Buntar sebelum ini telah menemukan kami dengan masyarakat yang amat memerlukan bantuan.

" Baru-baru ini pemuda PAS telah menyampaikan sumbangan kepada ahli Unit Amal yang banyak membantu menggerakkan program-program PAS serta membantu masyarakat sekitar Parit Buntar.

"Ada dikalangan ahli Unit Amal ini sanggup membantu mereka yang berada dalam kesusahan sedangkan mereka juga sebenarnya amat memerlukan bantuan"katanya

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada program jelajah tersebut kami proses untuk membantu mereka yang amat memerlukan bantuan.

" Hari ini kita berpeluang menyampaikan sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan dapur kepada Osman Mohd Rayani,57 tahun dari Simpang Empat, Kampung Kedah. Beliau telah diserang angin ahmar sejak enam bulan lalu dan tidak mampu untuk bergerak.

" Beliau yang bekerja sebagai tukang kebun Sekolah Kebangsaan Sungai Setar terpaksa bercuti kerana tidak mampu bekerja. Kini beliau dijaga oleh isterinya Norida Ahmad dan tinggal bersama empat orang anak dan seorang adik yang cacat"katanya

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim.

Turut sama dalam penyerahan tersebut adalah Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin, Ketua Pemuda Khairulzami Mohamad, Pengerusi Lujnah Kebajikan Pemuda Noraidi Mat Isa serta Imam Masjid Kampung Kedah Ustaz Hasan Yusof.

Hairul Nizam menyampaikan sumbangan kepada ahli unit amal

Ketua Laj. Kebajikan DPPK Sdr. Noraidi menyampaikan sumbangan

Naib YDP Sdr. Azhar Sharin (kiri) menyampaikan sumbangan

No comments: