Friday, December 17, 2010

Umno dok kempen harga getah naik kerana Umno

Musim Hujan Dan Bekalan Kurang,Harga Getah Dijangka Terus Meningkat













KUALA LUMPUR, 18 Dis. : Harga getah Malaysia dijangka terus meningkat pada minggu depan berikutan kekurangan bekalan di seluruh dunia dan kerana musim hujan.

Harga bagi gred tayar SMR 20 dijangka mencecah paras 1,450.0 sen sekg pada minggu depan, kata seorang peniaga, sambil menyatakan sentimen masih kukuh.

"Fundamentalnya sangat kukuh berikutan musim hujan di negara pengeluar getah seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand," kata seorang peniaga.

Katanya fundamental yang kukuh itu kemungkinan berterusan sehingga suku pertama tahun depan apabila bekalan akan terus berkurangan.

Harga getah Malaysia ditutup minggu ini lebih tinggi, dengan harga tidak rasmi SMR 20 mencecah paras paling tinggi yang pernah dicatatkan pada paras 1,440.5 sen sekg, meningkat 48 sen daripada 1,392.5 sen sekg Jumaat lepas.

Harga lateks pukal meningkat 24.5 sen kepada 962.0 sen sekg daripada 937.5sen sekg sebelum ini.

Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 melonjak 44.5 sen kepada 1,432.5 sen sekg, daripada 1,388.0 sen sekg, pada Jumaat lepas manakala harga lateks pukal meningkat 26.5 sen kepada 959.5 sen sekg daripada 933.0 sen sekg sebelum ini.

No comments: