Wednesday, December 29, 2010

Sandiwara Umno : Ahli Umno masuk Umno masuk paper

UMNO cuba tutup isu utama
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0826/Kosmo/Negara/ne_08.1.jpgIPOH, 29 Dis. : UMNO Bahagian Parit dikatakan cuba menutup isu utama yang akan menggugat sokongan rakyat terhadap mereka dengan menyatakan 50 ahli PKR cabang Parit menyertai parti itu.

Ketuanya, Kapten (B) Usaili Alias berkata, pimpinan UMNO Bahagian Parit cuba mengalih perhatian penduduk mengenai isu lebih besar melibatkan penyelewengan tanah seluas 40 hektar di Seri Iskandar.

Menurut beliau, kenyataan kononnya kira-kira 50 ahli PKR keluar parti itu adalah fitnah dan sengaja diada-adakan untuk memburuk-burukkan PKR.

“Saya cabar mereka untuk berdebat mengenai isu yang mereka timbulkan ini, iaitu kononnya ada ahli PKR yang keluar parti dan isu penyelewengan tanah di Seri Iskandar yang telah digadai kepada pihak lain.

“Semua yang dilaporkan itu telah mencabar kewibawaan saya sebagai Ketua Cabang dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika mereka gagal mengemukakan bukti kukuh berkenaan dakwaan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Sinar Harian semalam menyiarkan berita mengenai tindakan 50 ahli PKR Cabang Parit menyertai UMNO kerana muak dengan kepimpinan tertinggi parti itu.

Menurut Usaili, isu penyelewengan tanah di Seri Iskandar itu cukup serius kerana ia melibatkan kepentingan penduduk di Parit.

Beliau berkata, tanah itu sebenarnya milik Yayasan Parit yang diwujudkan bagi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik membaiki kehidupan mereka.

Menurut beliau, bukan sahaja isu penyelewengan tanah itu akan didedahkan selepas ini, lebih banyak lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin UMNO akan didedah.

Usaili berkata, Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faizal Effendi Hashim dipercayai orang penting di sebalik dakwaan keluar parti itu.

“Mereka (Mohd Zaim dan Faizal Effendi) ini adalah petualang kepada politik Melayu. Pemimpin seperti mereka inilah yang menghancurkan kekuatan politik Melayu,” katanya.

Menurut beliau, semua 50 ahli PKR yang dikatakan keluar parti itu sebenarnya orang-orang UMNO yang cuba berlakon untuk menunjukkan kononnya PKR sudah hilang sokongan.

“Saya bagi masa sehingga 31 Disember ini kepada mereka untuk menyahut pelawaan saya berdebat. Jika tiada sebarang jawapan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.SH

2 comments:

Anonymous said...

syabas Kap. (B) Usaili

Stone525i said...

seleweng-seleweng ni memang kerje umnoapco