Wednesday, December 1, 2010

Surau bakal diroboh DBKL : Mana Wira Perkasa dan Ketuanan Melayu Umno ?

surau-an-nur-kantan-permai






















KUALA LUMPUR, 1 Dis. : Ahli jawatankuasa Surau An-Nur Taman Setiawangsa di sini hari ini memfailkan saman pemula terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi memohon deklarasi bahawa DBKL tidak berhak untuk merobohkan surau itu.

Saman itu, yang difailkan melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, menamakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan DBKL sebagai defandan pertama dan kedua.

Dalam saman itu mereka memohon perintah mahkamah supaya defendan mengekalkan tapak asal Surau An-Nur atau menyediakan satu tapak baru bagi surau itu yang sama keluasannya iaitu 8,000 kaki persegi.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa tindakan kedua-dua defendan melalui wakil atau ejen mereka yang cuba menanggalkan dan mencabut kemudahan tempat sujud dan kemudahan lain adalah tidak sah, terbatal serta menyalahi peruntukan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi surau itu Mohd Yusof Wazir memberitahu pemberita jawatankuasa juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada meneruskan kerja meratakan tanah di surau itu.

Surau berusia 20 tahun itu boleh memuatkan lebih 100 orang jemaah. – Bernama


No comments: