Wednesday, January 19, 2011

Ahmad Maslan Umno sahih tak berani berdebat

Mazlan cabar Maslan

LABIS, 19 Jan : Ketua Penerangan PAS Johor, Saudara Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato'Ahmad Mazlan untuk berdebat berkaitan kebajikan Felda.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberi tempoh selama 4 hari kepada Ahmad Mazlan untuk menyahut cabaran ini berikutan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengenai urusan Felda.

"Surat akan dikeluarkan pada 22 Januari ini dan tarikh debat pada 27 Januari iaitu 3 hari sebelum tarikh buang undi.

"Tempat debat di DUN Tenang dan terpulang pada beliau (Ahmad Mazlan), sekiranya beliau ingin buat di Bilik Gerakan BN sekalipun, saya sanggup hadir", kata beliau dalam satu sidang media di Markaz Operasi PAS pagi tadi.

Beliau berharap, Ahmad Mazlan sanggup menyahut cabaran ini kerana dalam musim pilihan raya inilah masa yang sesuai untuk masyarakat khususnya DUN Tenang menilai dan mengetahui masalah Felda.

Tambahan pula, majoriti pengundi di DUN Tenang adalah di kalangan masyarakat Felda.

No comments: