Thursday, January 27, 2011

Janji lapok BN di felda




LABIS 28 Jan. : Isu pemberian tanah dan rumah kepada generasi kedua terus menjadi modal UMNO memancing undi warga Felda pada Pilihan raya kecil kali ini walaupun tak pernah sekali dilaksanakan.

Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka/Generasi Kedua Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman kecewa dengan pendekatan itu yang menurutnya sebagai janji lapok.

Justeru beliau menghantar surat buat kali kedua kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Felda, Datuk Ahmad Maslan untuk berbincang di khalayak umum mengenai isu ini supaya dapat dinilai oleh warga Felda yang lain.

"Saya sangat dukacita stail yang sama digunakan BN untuk dapatkan undi khususnya warga Felda. Kita faham pengundi peneroka sokong mereka. Yang mereka bimbang ialah pengundi muda berusia 45 tahun kebawah atau generasi kedua. Untuk pastikan mereka terus sokong BN, yang mereka selalu guna untuk umpan ialah, kononnya nak beri tanah kepada generasi kedua untuk buat rumah," katanya.

Bercakap dalam sidang media di Bilik Gerakan PAS Labis ini, Mazlan bersedia berdebat dengan Ahmad di mana-mana termasuk di Bilik Gerakan Barisan Nasional.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menolak tuduhan Ahmad yang menyatakan beliau berbuat demikian semata mahu menonjolkan diri dan mengejar populariti.

Menurut Mazlan, sebab beliau mahu berbuat demikian ialah mendapat penjelasan daripada Ahmad dan kerajaan mengenai situasi peneroka dan generasi kedua selepas didodoi pelbagai janji oleh kerajaan.

Beliau merujuk kepada janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 18 Januari lalu yang mahu mengagihkan kira-kira 500 lot tanah sebagai tapak rumah kepada generasi kedua Felda Johor, selain tambahan peruntukan RM 1.6 Billion kepada warga Felda.

"Saya nak mencabar Datuk Ahmad Maslan melalui debat ini. Tolong terangkan dimanakah dia lokasi tanah untuk ini?berapa peruntukan yang nak diberi?bila projek ini akan bermula. Buat pengetahuan, inilah janji yang digunakan pada PRK Hulu Selangor. Dia datang buat majlis pecah tanah dan umumkan kerajaan akan peruntukan RM 32 Juta untuk buat perumahan generasi kedua di gugusan Sg Tengi. Sampai hari, 8 bulan berlalu tidak ada apa perkembangan terhadap projek tersebut," katanya.

Tambah Mazlan lagi, perkara sama berlaku di Felda Taib Andak dan Felda Ayer Hitam Johor yang sudah bertahun di umumkan tapi masih tiada sebarang pembangunan.

Justeru Mazlan sekaligus menolak sebarang dialog tertutup yang menurut beliau tidak membawa apa-apa berkembangan.

"Saya nak bagitau, kalau setakat tertutup, tak perlu. Saya boleh telefon dia, saya ada nombor telefon, jom makan ikan baung dekat Bandar Segamat itu, Saya boleh sembang dengan dia tak payah bawah 15 orang saya, 15 orang dia. Kita boleh minum kopi, makan nasi dan saya boleh sebut apa isu dia

Apa rasional buat secara terbuka ialah biar warga Felda terutamanya orang muda dapat dengar boleh muktamadkan. Kalau dia janji nak buat rumah untuk generasi ke dua, biar anak peneroka jadi saksi dan soal bila kerajaan nak muktamadkan. Biar Menteri ini menjawab dan kita akan pegang dan bertanggungjawab dengan janji yang dibuat pemimpin BN sebab kita dah bersabar terlalu lama," katanya lagi.

No comments: