Thursday, January 27, 2011

Notis tuntut mohon maaf sudah dihantar

Isu Arak: Notis Kepada MP Labis Tuntut Mohon Maaf


LABIS 27 Jan : Pasukan Peguam Calon Tenang dari Pakatan Rakyat Normala Sudirman menghantar notis supaya Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong supaya memohon maaf dan menarik kenyataan berbaur hasutan dan fitnah seperti yang dilaporkan oleh Akhbar China Press atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menurut Pengarah Operasi PAS DUN Tenang, Zulkifli Ahmad, pihak beliau memberi masa 24 jam kepada Chua untuk mengemukakan bukti bahawa Normala melakukan perbuatan seperti yang didakwa Chua yang juga merupakan anak kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Semalam peguam kita (firma) Izauddin Firdaus dan Mahendren telahpun menghantar notis agar Ahli Parlimen Labis secara terbuka sekiranya ahli parlimen Labis itu tidak meminta maaf, kita akan serahkan kepada peguam untuk buat saman fitnah terhadap kenyataan beliau dalam China Press," tegas Zulkifli.

Akhbar China Press 24 Januari lalu melaporkan Tee Yong mendakwa Normala mempersoalkan tindakan seorang peniaga Cina di Labis menjual arak di kedainya ketika kempennya bertemu orang ramai.

Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala mendakwa wakil rakyat parti komponen Barisan Nasional itu sengaja melancarkan serangan peribadi untuk menjejaskan imejnya sebagai wanita Muslim.'

Justeru, Zulkifli menganggap hal ini menunjukkan kegagalan Umno.

"Ini menunjukkan kepada kita bahawa Umno gagal selama 53 tahun bersama MCA untuk menerangkan erti Islam sebagai agama rasmi persekutuan kepada rakan politik mereka sehingga MCA boleh keluarkan kenyataan yang sangat berbaur perkauman dan agama," katanya.

No comments: