Saturday, January 8, 2011

PAS Kelantan harap semua terima penjelasan Mursyidul Am

Akur penjelasan Menteri Besar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvbZvQv6QYVkNQo2zQ-gljBZye0d9RGAVJjEFDzwX1N5rx3a65ymSwwo2V1oJKSjgxZXkBNpdN6hEt0ixdwiKVO8Fa6mVRgQEaEuoyDHGIwZYJtp1p_kcg19fAjjEu1NllzDiyh1CEuldN/s1600/dr_fadzli_hassan.jpgKOTA BHARU, 9 Jan. : Semua pihak termasuk ahli, pemimpin Pas dan sesiapa sahaja termasuk UMNO diharap akur dengan penjelasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya pertemuan beliau dengan Yang diPertuan Agong tidak perlu dibincangkan lagi.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pertemuan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 25 Disember lalu di Istana Istana Terengganu di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah atas jemputan Agong.

“Diharapkan mana-mana pihak seperti ahli dan pemimpin Pas, UMNO atau sesiapa sahaja akur dan menghormati penjelasan yang dibuat Tok Guru sebelum ini mengenai pertemuan itu.

“Menteri Besar Kelantan pergi atas dasar hormat dan penjelasan beliau bahawa perkara itu sudah tutup buku perlu dihormati semua pihak.

"Mana-mana individu tidak perlu mempolitikkan isu berkenaan lagi,” kata Dr Mohamed Fadzli.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pertemuan itu yang diperbesarkan sesetengah pihak sehingga Mursyidul Am Pas berkenaan mengeluarkan kenyataan perkara itu sudah ditutup untuk ulasan lanjut kerana penjelasan sudah diberi.

Ketika hadir pada majlis di Tapang, di sini, Khamis lalu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut sama ada pertemuan itu menimbulkan kecil hati dalam kalangan pemimpin pembangkang lain dan hanya menjawab isu itu sudah ditutup.

Sebelum itu beliau menjelaskan pertemuan dengan Tuanku Mizan tiada kaitan dengan isu politik.

No comments: