Saturday, January 15, 2011

Putrajaya dan Petrajaya bakal berlaga

Isu Bakun : Tegangkan Hubungan Putrajaya-Petrajaya


BELAGA 16 Jan. : Beberapa penilaian terutamanya daripada segi kos perlu diteliti sebelum penjualan projek hidroelektrik Bakun kepada kerajaan negeri Sarawak dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Katanya penglibatan kos serta beberapa perkara lain masih dalam rundingan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan tempoh masa rundingan itu ketika ditanya soalan mengenainya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Uma Belor di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di sini.

Terdahulu, Najib yang diiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa anggota Kabinet Persekutuan dan negeri terpaksa membatalkan lawatan ke tapak projek hidroelektrik Bakun berikutan cuaca buruk.

Mengikut program asal, Perdana Menteri dijadual mendengar satu taklimat danmembuat tinjauan di sekitar kawasan projek berkenaan.

Empangan berkeupayaan 2,400 megawatt itu dijangka menjana 300MW bekalan elektrik menjelang Jun tahun ini.

Projek Bakun bernilai RM7.3 bilion ini dimiliki Sarawak Hidro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Kawasan seluas 69,500 hektar itu akan ditenggelamkan selepas penakungan bermula sejak 13 Oktober lepas.

No comments: