Saturday, February 12, 2011

‘Alternative Riding Club’ tarik minat anak muda

Konvoi bermotosikal ala Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXYCfId0mK6qI2DLJOUtpw8_UfGBljCyut9EVapVKzJuPRFaoQs3lUJPq-7BC_tB-M2tMcHcQKbLjLHENf1EorGqIYxc2Y0_-fFupcEzBqgdlkDYfny1yijXL_9k5lyu0mUBNxcnjyeUQ/s320/A3.jpgKUALA TERENGGANU – Penyertaan ramai golongan ustaz dalam ‘Alternative Riding Club’ memberi faedah kepada ahli dalam mewujudkan cara menunggang motosikal yang berhemah berlandaskan Islam.

Pengerusinya, Wan Ahmad Ridzuan Wan Hussin berkata, golongan tersebut banyak membantu ahli kelab supaya tidak leka sepanjang melakukan aktiviti terutama ketika berkonvoi ke sesuatu tempat.

Menurutnya, keadaan itu mendorong wujudnya suasana seimbang dari segi dunia dan akhirat melalui kesedaran pemanduan selain mampu memberi contoh terbaik di jalan raya.

“Kita bukan sahaja mendapat kesedaran berhubung cara menunggang motosikal yang selamat dengan berkonvoi secara berhemah tanpa mengganggu pengguna jalan yang lain tetapi pada masa sama, kita juga mampu memberi maklumat bermanfaat kepada ahli melalui penyertaan golongan ustaz ini.

“Antaranya apabila tiba waktu solat, kita akan singgah di masjid dan melakukan solat jamak serta qasar. Di sinilah peranan ustaz kerana terdapat ahli yang tidak tahu mengenai solat dan ini secara tidak langsung mendedahkan mereka belajar cara bersolat ketika musafir,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas konvoi dari Kemaman ke Pameran ARC di Dataran Pekan Batu Enam, semalam.

“Saya lihat ustaz terbabit dalam konvoi ini memperlihatkan minat mendalam terhadap motosikal melalui penggunaan motosikal Kawasaki 1100cc, Suzuki 750 dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, mengu­las bilangan keahlian ARC, Wan Ahmad berkata, pihaknya sudah menerima kira-kira 3,000 penyertaan dalam tempoh empat tahun penubuhannya dan menyasarkan pertamba-han sebanyak mungkin.

“Hari ini sahaja kita menerima penyertaan seramai 200 ahli yang berminat untuk bersama ARC tanpa mengehadkan jenis motor dan umur.

“Paling penting mereka memiliki lesen sah dan motosikal,” katanya.SH

No comments: