Saturday, February 12, 2011

Kalah di Terengganu bukan kerana PAS lemah tetapi Umno menipu

Nafi lemah akibat gagal kekal di Terengganu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFoAnN33JMbvryV6VBQqRYNbSRh1270DB8H_Op43P7yV6T3mLeh3nn1bUaQTzfqN3Q-RRL2fad7tOVaQ7BrvPbYR2pG4vdxylwd283NoseynpcB4mB7yCyc8RpG3tCF-dE-uuCtqXCSzeC/s400/Himpit+8.JPGKUALA TERENGGANU , 11 Feb. :Pimpinan Pas menafikan kelemahan parti itu atas kegagalan mengekalkan kembali pemerintahan di Terengganu pada pilihan raya umum 2004.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya menyalahkan UMNO, selain mendakwa berlaku penipuan dalam usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menawan Terengganu melalui ‘Gelombang Biru’.

Menurutnya, keadaan itu disedari memandangkan rakyat masih tetap bersama Pas walaupun gagal mendapat semula mandat membentuk kerajaan selepas mengambil alih daripada kerajaan BN pada 1999.

“Kekalahan pada 2004 bukan kerana kelemahan kita, bukan kerana rakyat tidak sokong kita tetapi ‘Gelombang Biru’ yang menipu rakyat,” katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011, di padang Batu Enam, Bukit Tunggal, di sini, semalam.

Kira-kira 15,000 pemuda Pas dari seluruh negeri ini berhimpun pada program tersebut dan melebihi jangkaan pihaknya sebelum ini.

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu iaitu Datuk Abu Bakar Chik, Mohd Abdul Wahid Endut dan Satiful Bahri Mamat, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd Nor Hamzah serta wakil daripada parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas lanjut, Abdul Hadi meminta perhimpu-nan tersebut dijadikan permulaan untuk mencapai sasaran Pas mengambil alih pemerintahan di negeri ini pada pilihan raya umum kelak.

“Kehadiran hari ini menandakan kita ada tenaga yang banyak tetapi apa yang penting, kita mesti ikhlas dan memohon pertolongan daripada Allah serta jadikan perhimpunan ini sebagai ‘tangga’ untuk ambil alih pemerintahan akan datang,” katanya.SH

No comments: