Saturday, February 12, 2011

Mahathir masih mengidam Jambatan Bengkok

Jambatan Bengkok boleh direalisasi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0415/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpgKUALA LUMPUR , 13 Feb. : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin jambatan bengkok bagi menghubungkan Johor dan Singapura dapat dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan pemimpin negeri itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa mustahil untuk menekan agar projek itu diteruskan jika pimpinan negeri tidak melihat keperluan untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baru.

“Saya optimistik jika mereka menekan untuk membina jambatan itu, jika mereka tidak ia mustahil (akan dibina),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan pemimpin Johor baru-baru ini mengenai kemungkinan menghidupkan pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menekankan beliau mahu meneruskan hubungan mesra dengan Singapura kemungkinan tidak akan meneruskan projek itu tanpa persetujuan bersama republik tersebut.

Idea asal pembinaan jambatan itu dilontarkan Dr Mahathir ketika di akhir era pemerintahannya tetapi dibatalkan pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi.SH

No comments: