Tuesday, February 1, 2011

Gobala keluar PKR, ada kira-kira ?

Gobalakrishnan tertekan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-eI1ng6Or8A0gkqr2yesgFrJwhWpa_nv8LaW1WUlH9LLueGfdTUUr3JslAfLAgd4UPrD_S3P9HhHeBR5Abj4QlSBpznhsmKGuEHhq0lpzN6Mx_NS6avfNBgte3z7Ckg5HN2ryogzT0kM/s320/untitledb.bmpSHAH ALAM, 2 Feb. : Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Yaakob Sapari mendakwa tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan keluar parti adalah disebabkan tekanan daripada pihak tertentu.

Yaakob mendakwa, tekanan tersebut termasuklah tindakan undang-undang menerusi pendakwaan kes di mahkamah yang dihadapi Gobalakrishnan.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan itu berkata, tekanan tersebut menyebabkan ada dalam kalangan wakil rakyat PR yang menjadi mangsa keadaan dan ada yang bertindak menyerang parti sendiri.

“Dalam kes Gobalakrishnan ini, kita dapat lihat beliau menyerang parti setelah kes beliau di mahkamah dan berhadapan kemungkinan akan kehilangan kerusi Parlimennya.

“Beliau menjadi mangsa tekanan pihak tertentu yang sentiasa menjadikan wakil rakyat PR sebagai sasaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Yaakob berkata, keputusan Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawab surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Gobalakrishnan masih menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila beliau didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada 14 Mei 2010 lalu.

Sebelum ini, Gobalakrishnan didapati bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Utama di Bukit Mertajam kira-kira jam 12.20 tengah malam, 29 Januari 2002.

Beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong PKR.

No comments: