Tuesday, February 1, 2011

Pelajar Malaysia masih selamat di Mesir

Keselamatan Pelajar Malaysia Terjamin

SHAH ALAM 1 Feb. : Keselamatan Pelajar Malaysia dilaporkan masih terkawal dan selamat mengikut Bendahari Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir(ILHAM) Fauzan Mazlan yang berjaya berhubung dengan pelajar Mesir di sana tadi.

Walaupun sedikit terlewat dalam memberitahu maklumat, Fauzan menyatakan pihak persatuan pelajar dan kedutaan Malaysia berjaya mengumpulkan lebih 11 ribu pelajar Malaysia dalam kumpulan masing-masing.

"Untuk makluman, dari segi keselamatan pelajar alhamdulillah, setakat ini tidak lagi berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar kita kerana mereka bersama dengan persatuan dan badan kebajikan negeri dan dewan perwakilan mahasiswa peringkat cawangan dan bersama pemantauan, mereka masih terjamin dari segi keselamatan Insya Allah," katanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu Tv Selangor, terdapat sedikit masalah mengenai pecah rumah tetapi masih terkawal kerana mahasiswa telah bekerjasama dengan penduduk bagi menjaga keselamatan di kawasan petempatan mereka.

Beliau turut memberitahu bahawa keputusan untuk mengeluarkan pelajar Malaysia akan dibuat dalam masa 24 jam dari sekarang.

"Cuma yang berlaku sedikit rompakan, pecah rumah perkara itu tidak dapat dielak cuma masih lagi terkawal walau dikhabarkan balai polis dah tiada, banduan keluar dari penjara, itu semua maklumat tetapi di kawasan pentapatan pelajar dapat dikawal dengan baik,"katanya.

Menurut Fauzan lagi perkara paling dirisaukan ialah mengenai stok makanan yang makin kurang dan keadaan inflasi yang memuncak kerana ketegangan ini.

"Yang merisaukan kita ialah stok simpanan makanan yang kian kurang. Dari update terakhir 2 jam sebelum ini kita dapat makluman bahawa stok gandum akan kehabisan lebih awal dan harga barang naik 4 kali ganda, perkara ini berlarutan dalam seminggu lagi, stok mungkin habis, itu satu perkara kami, ILMAM, LZS dan negeri agak risau."

Sebuah Bilik Gerakan anjuran Ikatan Lepasan Bekas Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM), Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor untuk membolehkan ibu bapa pelajar Selangor dan Malaysia di Mesir berhubung dan mengetahui status terkini keadaan anak mereka.

Bilik gerakan ini akan dibukan pada jam 8.30 pagi esok dan 5 talian hotline akan dibuka.

No comments: