Monday, February 14, 2011

Jangan salahkan Pejabat Agama, Majlis Daerah yang beri lesen

Jangan salahkan pejabat agama

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgulTkPJ1twuifIbEL2Ay19JEKrPzQH_s1ybteycRx48hgF5to6MuqOvP8caLel-R1DfbYOHOI8YgfoxvJMKDQ6DMdBY4EHLGlLKIqqqBT261BEkM0qpAoUvnlCYBwcyHpUlvu-cSoIPvM/s1600/DSC_0181.jpgPARIT BUNTAR, 14 Feb. : Ketua Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian Bahagian Parit Buntar, Fakrurrazi Khalid terpanggil menjawab persoalan berhubung kenyataan yang dibuat Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, (JKKK), Idrus Shuib dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Februari lalu.

Fakrurrazi berkata, kerja membanteras gejala maksiat adalah tanggungjawab semua pihak.

Menurutnya, masalah gejala sosial yang berlaku di kawasan Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang pada siang hari bukanlah sesuatu yang baru.

“Kawasan ini menjadi tumpuan orang awam dan apakah beliau sedar ataupun terlepas pandang Ban Pecah adalah tempat maksiat yang sukar di bendung ketika ini kerana ada tangan-tangan tertentu yang memainkan peranan untuk menggalakkan maksiat,” katanya kepada Sinar Harian.

Fakrurrazi berkata, terdapat penyokong kuat kepada aktiviti malam yang ada di Ban Pecah dan pihak penguat kuasa agama tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.

“Cuba perhatian, berapa banyak acara-acara dan majlis hiburan di Ban Pecah ketika meraikan sambutan-sambutan tertentu dan malam-malam tertentu.

“Dalam setiap mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, kami juga sentiasa mengutarakan masalah sosial dalam setiap ceramah dan majlis penerangan yang diadakan terutamanya di kawasan Tanjong Piandang dan juga di Kuala Kurau, tetapi tetap ada bantahan,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa juga berperanan untuk menjaga dan memastikan anak-anak mereka supaya tidak berkunjung ke Ban Pecah terutamanya pada waktu malam.

“Saya dimaklumkan masalah ini selalu dibincangkan di dalam setiap mesyuarat Majlis Tindakan Daerah yang diadakan.

“Sepatutnya utarakan soalan kepada pihak majlis mengapa pusat hiburan karaoke terbuka yang tidak kurang daripada empat buah tidak diambil tindakan oleh pihak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya dalam membanteras gejala sosial pihak berkuasa majlis bertanggungjawab dan mempunyai kuasa menutup atau merobohkan terus pusat hiburan haram.

“Berdasarkan tinjauan yang dibuat pada setiap malam minggu atau cuti umum, ratusan remaja termasuk pelajar sekolah akan berkunjung ke Ban Pecah untuk berhibur tambahan pula ada kalanya disediakan penari dari luar.

“Pihak penguat kuasa agama telah beberapa kali membuat serbuan dan menahan remaja yang melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapunpihak penguat kuasa agama tidak mempunyai kuasa menahan pihak penganjur atau membanteras sepenuhnya kerana mempunyai kuasa yang terhad.

Sementara itu, katanya, pihak JKKK dicadangkan supaya menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan ahli JKKK untuk mencegah gejala sosial di tempat masing-masing.

No comments: