Monday, February 14, 2011

Mari tengok macam mana Utusan Meloya putar belit berita

Utusan putar belit tajuk berita BERNAMA

Laporan berita di website BERNAMA, menyiarkan sebuah berita berkaitan isu perjudian dan pelacuran haram yang bersembunyi di Negeri Kelantan yang dikatakan oleh Menteri Besar Kelantan sebagai terlepas pandang atau kurangnya pemantauan pihak berkuasa tempatan. BERNAMA menyiarkan berita tersebut di bawah tajuk "Nik aziz akui kegiatan perjudian, pelacuran di kelantan kerana kelemahan penguatkuasaan"BERNAMA] di bawah ini screenshot yang diambil dari website berita berkenaan. [


Seperti biasa akhbar Utusan Merapu, sudah menjadi tugas wajib mereka memutar belitkan fakta selagi boleh. Lihat di sini, berita yang disiarkan oleh Utusan Merapu 100% bersumberkan berita dari BERNAMA. Kalau dilihat kandungan berita di Utusan, tiada satu perkataan pun yang diubah untuk isi berita. Namun menggunakan tajuk yang berbeza dengan niat untuk mengelirukan pembaca.

Apa tujuan Utusan mengubah berita ini kepada tajuk lain? Adakah tajuk berita yang disiarkan oleh Utusan membawa maksud yang sama dengan berita di Bernama? Dasar akhbar pencacai![Utusan]

Kali pertama ReJaM terbaca tajuk ini dah rasa ada yang tak kena, dan terperanjat seperti seolah-olah Tuan Guru Nik Aziz mahu mempromosikan perjudian dan pelacuran di negeri Kelantan dengan mengeluarkan kenyataan memberitahu orang ramai bahawa Kelantan memiliki kegiatan Perjudian dan pelacuran. Rupa-rupanya akhbar pencacai memang jelas sekali suka memutar belitkan fakta!


2 comments:

Anonymous said...

meloyakan,pelawok,pelawok,pelawok,plawok,plawok,plawok,plawok... ikut ramai2...plawok,plawok,plawok

Anonymous said...

utusan meloya tak nampak ke jalan pudu dn lorong hj taib tu bersepah kegiatan pelacuran menteri jaga ugama tak nampak ke ..mkn gaji buta harap UM lapor kt muka depan... BAHALAU PYA AKBAR ... Pencetus perpecahan ummah pya akhbar...