Wednesday, February 16, 2011

Kes Anwar : Jangan harap AG nak buang kes, kena tahu sapa yang bersungguh nak sumbat Anwar ke penjara ?

Dr Khairul Mengaku Tiada Bukti Klinikal, Karpal Minta Gugur Kes


KUALA LUMPUR 16 Feb.: Peguam Bela Karpal Singh menggesa agar Peguam Negara membatalkan kes ini setelah pengakuan pegawai perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur(HKL) Dr Khairul Nizam pagi tadi bahawa borang proforma dan laporan kesihatan Saiful Bukhari Azlan tidak lengkap dan banyak keraguan dan pertelingkahan bukti timbul dalam pertuduhan ini.

"Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah pagi tadi.

Prosiding ditangguhkan ketika Pendakwaraya Nordin Hasan sedang menyoal balas Khairul.

Bagaimanapun gangguan bekalan elektrik kira-kira jam 11 menyebabkan prosiding ditangguhkan pada jam dua nanti.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agar perbuatan politik kotor dan penganiyaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dihentikan segera.

"Prejudis untuk teruskan hal ini, jadi untuk memurnikan badan kehakiman, hentikan kes ini kerana ini keterangan doktor yang kami perolehi.

"Sekali lagi doktor menyatanya tidak ada penetrasi. Hentikan cara politik ala mubarak untuk bersihkan badan kehakiman," tegas Anwar.

Disoal pada sebelah pagi tadi Dr Khairul Nizam mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul konklusi laporan proforma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Peguambela Karpal Singh, beliau mengaku tidak mengisi borang proforma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

Khairul turut menyatakan Saiful tidak mengisi rekod kesihatannya dalam borang itu.

Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan onani, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

Sebelum itu pada sesi perbicaraan pagi menyaksikan pemeriksaan balas terhadap ketua unit dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan.

Beliau adalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Dr Khairul pada Isnin sudah dipanggil untuk memberikan keterangan. Beliau sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pengadu mendakwa beliau dipaksa melakukan seks oral.

Mahkamah dijangka akan mendengar keterangan daripada seorang lagi saksi, ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

No comments: