Wednesday, February 16, 2011

Mesra FC Juara Pesta Bolasepak Anjuran Pemuda PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 16 Feb.: Mesra FC dari Kepala Batas, Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai juara Pesta Bolasepak Sembilan Sebelah yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar serta Kelab Bolasepak Muhibbah.

Pasukan tersebut telah berjaya membawa pulang RM3,000.00 beserta hadiah iringan berupa jersi dan piala.

Naib johan pula dimenangi oleh Wira Muda Veteran, hadiah RM2,000.00 manakala tempat ketiga dan keempat membawa pulang RM700.00 dimenangi oleh NTFC dan Kampung Kedah B.


Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, pihak penganjur mengambil kesempatan cuti sempena Tahun Baru Cina ini untuk menjalankan kejohanan ini.

Program yang bermula dari pagi hingga lewat petang tersebut telah berjaya menarik penyertaan dari pasukan tempatan dan luar kawasan. Penyertaan pasukan hingga sejauh Ipoh dan Kepala Batas.

Program ini telah berjaya menarik golongan muda untuk menyertainya. Apa yang lebih menarik pasukan bukan Melayu juga sama-sama memeriahkan kejohanan ini.


Lebih menarik kejohanan ini dilangsungkan di dua buah negeri iaitu di Padang Bandaran Parit Buntar dan Padang Bandaran Bandar Baharu, Kedah.

Ramai anak muda menyatakan program sebegini perlu PAS pergiatkan lagi dalam usaha menarik golongan muda bersama dengan PAS.

Perasmian dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim. Turut sama adalah Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Khairulzami Mohamad.


YDP PAS Parit Buntar mengambil sepakan tanda bermulanya kejohanan


Mesra FC bergambar bersama penganjur meraikan kemenangan


No comments: