Saturday, February 19, 2011

Mari baca cerita mesyuarat Umno PP yang terbongkar

Kesiaannnnn..kat umno

Oleh:
cucupakkasim


" Seorang gurkah politik di'port' kelmarin dulu telah berpeluang untuk meng'skodeng' satu mesyuarat umno negeri Pulau Pinang yang dihadiri oleh ketua-ketua pemuda bahagian, ketua-ketua puteri,ketua-ketua wanita dan juga ketua-ketua bahagian.

Gurkah politik ini telah memberitahu bagaimana ketua-ketua dalam umno ini telah kena gasak cukup-cukup oleh ketua mereka dalam mesyuarat itu yang lebih banyak kepada perbincangan berhubung dengan kenyataan Daim Zainudin tentang BN yang sukar untuk merampas semula Penang daripada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 13 nanti.

Komen dari Daim ini sesungguhnya benar, tanyalah pada orang-orang umno yang ada jawatan dalam bahagian-bahagian mau pun dalam cawangan-cawangan, mereka juga akan memberikan jawapan yang sama sepertimana kenyataan Daim itu ...susah dan sukar.

Antara butir-butir mesyuarat yang sempat di'skodeng' itu ialah mereka ada bercakap tentang ketidakyakinan mereka untuk mempertahankan 11 kerusi yang ada yang dimenangi pada 2008 lalu. Dan dalam 11 kerusi yang sedang dipertahankan itu, 3 kerusi kemungkinan besar akan turut terlepas. 3 kerusi yang dimaksudkan itu ialah dengar macam Pulau Betong, Telok Air Tawar dan Sungai Dua atau Penaga.

Mereka juga bercakap yang biarpun PKR negeri sedang menghadapi masalah dalaman dengan pergaduhan sesama sendiri antara mereka, namun ianya tidak mendatangkan kesan langsung kepada kerajaan PR kerana yang bergaduh sesama sendiri itu ialah ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang kecil-kecil atau yang jenis nyamuk yang tidak mempunyai kekuatan langsung untuk menggugat PKR.

Begitu juga dengan PAS disini yang dikatakan pendirian dan sikap mereka yang tidak tetap serta menutup mulut dengan macam-macam isu-isu yang dibangkitkan olih masyarakat-masyarakat melayu kerana semua isu-isu itu dibangkitkan olih orang-orang melayu yang menjadi ahli umno serta penyokong umno. Najitahnya semakin ramai orang melayu yang sebelum ini penyokong senyap umno telah beralih arah mendekatkan diri mereka dengan Pakatan Rakyat.

Biarpun PAS dan PKR yang digembar-gembur ada banyak masalah tetapi realitinya ialah kerajaan PR Pulau Pinang tetap unggul dalam menjalankan tugas dan tangungjawab mereka, kata ketua mereka lagi.

Perbincangan juga berkisar kepada bagaimana semangat ahli-ahli dan pegawai-pegawai dalam parti mereka perlu dipulihkan semula setelah luntur untuk bekerja dengan lebih kuat lagi bagi menghampiri pengundi-pengundi cina dan india dengan komen yang dianggap negatif daripada Daim itu.


dollah yankee -
gurkah politik ini kata lagi...cucuq badak,karipap,onde-onde,ketayap,tepung talam,pulut seri muka... rapat! tinggai piring kosong!
Kah..Kah..Kah..

1 comment:

Anonymous said...

Dulu bole laa pasai boleh dok taboq sikit projek, sikit projek la sapa nak bagi projek .org kaya AMENO yang dok ada pun dah tak mampu nak huloq dah ,tu yang teghok tu .dok besa buat kheja sikit huloq .ni sapa yang sanggup nak huloq harap mamak nasik kandaq tu dgn mamak tongkang pecah tu tulong salak bole la .cuba pi tanya toke keranda tu depa bayaq dak lagi duit keranda ,silap silap beli keranda pun utang .