Friday, February 25, 2011

Melayu tidak berubah kerana media tidak bebas

Undi Melayu beralih pada Pakatan jika media bebas

TEMERLOH, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, perubahan undi Melayu kepada Pakatan Rakyat khasnya PAS hanya akan berlaku apabila orang Melayu mendapat maklumat yang tepat daripada media yang bebas.

Beliau berkata, malangnya hari ini media berbahasa Melayu tidak mendidik masyarakat Melayu mendapat maklumat yang seimbang dan bebas.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian semasa ditemui wartawan di Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, di sini sebentar tadi.

Presiden PAS itu seterusnya menambah, media arus perdana berbahasa Melayu terus menjadi alat kepada Umno BN untuk memperbodohkan masyarakat Melayu agar terus menyokong Umno BN.

Disebabkan tiada maklumat yang tepat, katanya masyarakat Melayu masih terus menyokong Umno BN.

“Berbeza dengan media berbahasa Cina, mereka mendidik rakyatnya untuk bijak menilai. Media berbahasa Melayu pula masih tertutup, tidak bebas dan diperalat Umno BN untuk kekal berkuasa,” katanya.

Dalam masa yang sama, sokongan bukan Melayu kepada PAS terutamanya kaum Cina hari ini semakin meningkat, ujarnya lagi.

Beliau menuntut agar media di negara ini khasnya berbahasa Melayu bebas dan tidak lagi diperalatkan untuk kepentingan politik Umno BN.

Dalam pada itu, beliau turut menuntut Umno BN tidak terus memperalatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengekalkan kuasa.

SPR seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas yang melayan pelanggannya (parti-parti politik yang menyertai pilihan raya) dengan telus dan adil, katanya.

Beliau menambah, jika SPR sendiri berpihak, dan media pula menjadi semakin tidak bebas, proses demokrasi di negara ini akan semakin tempang.

Turut bersama semasa menunggu proses penyerahan borang pencalonan tadi ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Balasubramaniam.

4 comments:

Hamdan Rukun said...

DAH ADA HARAKAH, ADA MALAYSIAKINI, MELAMBAK BLOG, NAK BEBAS MACAMA MANA LAGI?

ALLAH TAK REDHA DENGAN PERJUANGAN UNTUNG RUGI PEMBANGKANG, INSAFLAH.

Anonymous said...

Hang bodo luncai, bebas bukan macam tu . Kalau hang berani hang pi bagi tau najib bagi PR ada akhbar harian sendiri. tv dan radio tak bagi lagi pun tak pa

tapi mana hang berani , sedut kentut Ro$mah boleh

Hamdan Rukun said...

HANG LAGI BODO LA ANON. ADA KA BARISAN NASIONAL AKHBAR HARIAN?

YANG ADA IALAH AKHBAR YANG MENYOKONG DAN MENJELASKAN DASAR KERAJAAN. KEBETULAN SETAKAT INI PAKATAN PEMBANGKANG TAK MAMPU JADI KERAJAAN. TAK DAK LAH.

AKU JANGKA SAMPAI BILA BILA PUN TAK JADI KERAJAAN PUNYA.

DOK ASYIK MAKI HAMUN, BERTANDING NAK KECILKAN UNDI, SETAKAT JADI PEMBANGKANG JE LAH.

Anonymous said...

Tu la hang luncai hari2 sedut kentut Ro$mah sampai tak dapat beza dasar kerajaan dengan kempen kat Umno.

Sapa tengok pun faham, budak kecik pun faham Utusan dengan berita harian hari2 bantai pr.

hang luncai ada otak letak dekat punggung Ro$mah, komen pun tak betui