Wednesday, February 2, 2011

Bantu mangsa kebakaran

PAS Parit Buntar simpati kepada mangsa kebakaran

PARIT BUNTAR , 2 Feb. : PAS Parit Buntar melahirkan rasa simpati di atas kebakaran yang menimpa seorang penduduk Aini Awang (gambar) di kampung Parit Haji Yusof, Jalan Batu 5.

Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, kebakaran yang berlaku pada jam 8 malam tersebut memusnahkan keseluruhan rumah Aini Awang.

“ PAS Parit Buntar bersimpati dengan keluarga Pak Cik Aini Awang dan berharap keluarga ini tabah menerima ujian Allah ini.

“ Kami berharap Kerajaan Negeri melalui Tabung Bencana Negeri , JKM dan Baitul Mal dapat segera menyalurkan bantuan kepada keluarga Pak Cik Aini” katanya

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang turut melawat lokasi kebakaran telah menyampaikan sumbangan dari Tabung Bencana Alam PAS Parit Buntar kepada keluarga Aini Awang.

“ Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga Pak Cik Aini. Saya berdoa Allah memberi kekuatan kepada keluarga ini menerima ujian Allah ini” katanya

Sementara itu, Aini Awang, 75, memberitahu beliau sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian kepada jemaah surau yang terletak berhampiran rumah.

“Saya melihat sendiri api merebak dengan cepat sehingga tidak sempat untuk kami menyelamatkan barang, bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Fairuz Aini, 28 pula berkata ,beliau bersama tiga ahli keluarga lain sedang berehat di rumah berkenaan, sebelum menyedari api sedang marak di bahagian atas rumahnya di Kampung F495 Parit Haji Yusof, Jalan Batu 5, di sini.

“Kejadian berlaku terlalu pantas, sebaik melihat api menyala di bahagian atas rumah, kami semua menyerbu keluar untuk menyelamatkan diri.

“Ketika kejadian, semua ahli keluarga termasuk emak dan ayah berada di tingkat bawah rumah” katanya.

Menurutnya, api berjaya dikawal oleh anggota daripada Balai Bomba dan penyelamat Kuala Kurau, balai Parit Buntar dan sepasukan Bomba Sukarela dalam tempoh 15 minit,

No comments: