Friday, March 11, 2011

Indahnya hidup menyokong Umno : Dah la kereta buruk, saman ekor kena bayar, insuran tinggi

Insuran kenderaan TINGGI, Sokong lagi Umno

Oleh: amkns

"Dahlah isu saman ekor tak selesai-selesai. Harga minyak manjang naik je. Nak ambil lesen memandu kereta atau motosikal susah, mahal pula tu.

Sekarang ni insuran kenderaan pula semakin tinggi dan tinggi dan tinggi. Tak payah pakai insuran/takaful dan cukai jalanlah nampaknya.

Lepas ni banyaklah TIP untuk elak saman ekor, guna nombor plet kenderaan lain, rosakkan nombor plet dsbnya. SOKONG LAGI UMNO! Rakyat Didahulukan !

PREMIUM TAMBAHAN SEHINGGA 150 PERATUS 'SAKITKAN' PENGGUNA

KL 11 Mac : Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia insurans.

Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 150 peratus.

Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.

"Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sumber itu menambah, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans. "Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit," jelasnya.

"

1 comment:

Harith said...

Huh. Tak beli ketalah aku jawabnya. Insuran mahal, minyak mahal, tol lagi. Huh!! Naik motor sampai beranak cucu la aku jawabnya.