Friday, March 11, 2011

Umno tak habis-habis bertokak

Umno Sg Petani: Selesai krisis atau saya keluar parti

http://2.bp.blogspot.com/_HF9D0QiHfAU/TDnaXjbIcoI/AAAAAAAAB_Y/7kw02eRAXas/s400/Kekocohan+UMNO+Sungai+Petani+1.JPGKetua Umno cawangan Industri dalam bahagian Sungai Petani, Khairul Anuar Zainol akan keluar parti sekiranya krisis kepimpinan yang membabitkan ketua bahagian tersebut, Ali Yahya, masih gagal diselesaikan oleh Umno negeri dan pusat.

Dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu Julai lalu, berlaku kekecohan apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap di majlis perasmiannya, serta mendesak beliau berundur.

Selepas kejadian tersebut, mereka yang tidak sehaluan dengan Ali telah menubuhkan Gerakan Anti-Ali (GAA) untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Isu tersebut kemudiannya dirujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) yang kemudian menyerahkannya kepada badan perhubungan Umno Kedah mencari jalan penyelesaian. Timbalan pengerusi Umno Kedah ketika itu, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik memangku jawatan ketua bahagian Sungai Petani.

Khairul yang juga setiausaha GAA berkata beliau akan menjadi ketua cawangan pertama yang akan bertindak keluar daripada Umno sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan dengan segera.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan bila akan berbuat demikian tetapi berkata: "Saya ada tempoh berbuat demikian."

'Dapat sokongan'

Khairul juga mendakwa ada ketua cawangan yang menghubunginya menyatakan sokongan tetapi beliau enggan menyatakan identiti mereka.

"Saya tak mahu ajak (keluar parti dan) saya tak larang, (malah) saya sendiri akan buat dahulu (keluar parti) jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera.

"Saya memang akan mengambil tindakan itu, sekiranya tidak diselesaikan, tidak mustahil ia akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Khairul Anuar juga tidak menafikan mengenai SMS yang disebarkan mengenai hasratnya untuk keluar parti jika isu kepimpinan bahagian itu tidak diselesaikan segera.

Bahagian tersebut mempunyai 130 cawangan dan Khairul mendakwa 81 daripadanya menolak kepimpinan Ali.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno turut meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.

SMS tersebar

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata sejak SMS itu beredar, beberapa "tokoh tertentu" menghubungi dan menasihatinya supaya memberi masa kepada perdana menteri dan kepimpinan Umno Kedah untuk menyelesaikan masalah dalaman itu.

Katanya, isu terdapat dapat diselesaikan sekiranya dengan jawatan-jawatan kanan di peringkat bahagian seperti setiausaha, ketua penerangan dan bendahari disandang oleh pemimpin GAA.

Bahkan, katanya, jawatan setiausaha juga perlu disandang oleh individu yang boleh diterima kedua-dua kumpulan dan perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Ahmad Bashah dan setiausaha Umno negeri, Datuk Othman Abdul Aziz.

Dengan nada kecewa, Khairul memberitahu bahawa jawatan tersebut sekarang ini disandang oleh pemimpin Umno dari kumpulan Ali.

Khairul berkata, beliau tidak berniat untuk "menggertak" semua pihak susulan tersebarnya SMS tersebut, tetapi beliau "tidak ada pilihan" kerana mendakwa ramai akar umbi Umno merungut dan bertanyakan hasil perbincangan itu.

"Saya masih berharap masalah (bahagian) ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang akan datang.

"Bahagian ini masih di awang-awangan, nampak sahaja kulit di luar cantik, tetapi di dalam bergolak. Semua pihak termasuk Umno pusat, negeri dan Ali sendiri perlu menyatukan semula ahli," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

bagi aje projek, senyap le die. itu taktik org umno. macam gobala...

Anonymous said...

Bagi je jawatan tu pada Kolonel Sekular tua yang memangku jawatan ketua cawangan tu. Celaka tua ni tak puas hati bila YB Husam Musa berceramah di masjid menggantikan ustaz yang tak dapat hadir minggu lepas.

PUTERA LEMBUT said...

HANGPA PERCAYA KE KHAIRUL ANUAR NI.. SENANG AJE NK PUJOK MALAUN NI.. BAK KATA KWN KITA DIATAS BAGI PROJEK SENYAP.. UMNOAPCO NI PERJUANGAN NYA PULUS/DUIT... APA HANGPA INGAT KETUANAN MELAYU KE ? PIEE LAH, HANGPA TENGOKLAH GAMBAQ DIATAS TU SEMUA EXCO PEMUDA BUNCIT SAKAN... KERJA BKN CERDIK PUN MENGAMPU BOLEH LAH.. CIUM TANGAN PRESIDEN, NAIB2 PRESIDEN SUDAH BUDAYA DLM UMNOAPCO... MELAYU BERJIWA HAMBA AJE MASIH SOKONG,,,,,

Anonymous said...

HANGPA KATE PEMILIHAN PKR KECOH.MCM MANE NAK PERINTAH NEGARA ? RUPA2 NYA HANGPA DAH LAMA BUAT PEMILIHAN TAK SIAP2 LAGI ASIK2 GADUH, BERTEGSNG LEHIQ, BERSIKU DAN HAPRAK SUNGGOH.. MEMANGLAH HANGPA UMNOAPCO BETUL2 PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN PERUT... EXCO PEMUDA BOROI2 NAMPAK... MELAYU BERJIWA HAMBA AJE SOKONG UMNOAPCO....