Friday, March 11, 2011

Orang Asli tak layak, Mamak layak

Pernah Bina Kerajaan, Penjajah Punya Hak Terhadap Malaysia ?



Ahli politik Pakatan Rakyat membidas kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah- olah menafikan hak Orang Asli terhadap negara ini.

Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye berkata Mahathir menggunakan unjuran yang salah apabila mendakwa Orang Asli tidak layak berikutan kaum pribumi itu tidak pernah menubuhkan kerajaan dinegara ini.

Lee menegaskan jika itu yang dipertaruhkan Mahathir, maka bangsa penjajah seperti Portugal, Belanda dan British juga mempunyai hak keatas Malaysia.

Beliau juga mempertikaikan hujah Mahathir bahawa kaum Melayu lebih berhak mendakwa Malaysia adalah negara mereka berikutan mengikut sudut sosiologi, sesebuah kerajaan dinegara ini terdiri daripada pelbagai campuran bangsa.

"Kita tidak boleh mendakwa penubuhan kerajaan sebagai bukti sesuatu kaum berhak keatas negara ini, kalau mahu guna hujah macam ini bagaimana pula dengan hak Portugal, Belanda dan British yang pernah bina kerajaan dinegara ini ?"

Lee berkata jika Mahathir berkeras mahu mempertahankan pandangannya itu, bagaimanapula dengan hak kaum pribumi lain di Sabah dan Sarawak ?

"Jika hak kaum Orang Asli ini dinafikan, bagamana pula dengan hak kaum pribumi lain seperti di sabah dan sarawak ? Iban, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya ?"

Lee menambah, kaum pribumi ini mempunyai budaya, komuniti dan tradisi yang tersendiri. Kaum ini juga mencerminkan identiti Malaysia dimata dunia.

Beliau juga menegaskan, kaum ini tidak harus disisihkan dalam menikmati hak dan kesaksamaan yang diterima lain- lain kaum dinegera ini, umpamanya kaum Melayu, Cina dan India.

Mahathir menerusi laman blognya berkata Orang Asli tidak ada lebih hak berbanding kaum Melayu untuk mendakwa Malaysia negara mereka kerana kaum pribumi itu tidak pernah mendirikan kerajaan dan negeri sendiri.

Beliau juga dipetik berkata, tindakan memberi lebih hak kepada Orang Asli untuk mendakwa Malaysia adalah milik mereka sendiri mirip menyerahkan Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand kepada Red Indian, Maori dan masyarakat asal negara masing- masing.

No comments: