Tuesday, March 29, 2011

Lebih 200 aktivis berhimpun bantah Kilang Tanah Jarang, Gebeng




KUALA LUMPUR 30 MAC: Pekarangan Parlimen pagi tadi dikejutkan dengan kehadiran ratusan warga Kuantan berarak bagi menyampaikan satu memorandun membantah perlombongan tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan.

Kira-kira 200 ahli badan bukan kerajaan (NGO), Warga Prihatin Kuantan (CCOK) berarak di persimpangan masuk Parlimen memakai baju bertulis 'Hentikan Lynas' serta memegang sepanduk-sepanduk yang membantah kelulusan perlombngan diberi kepada syarikat Australia, Lynas Corporation daripada melombong 'thorium', sejenis elemen radioaktif yang kebiasannya digunakan sebagai bahanapi reaktor nuklear.

Kordinator CCOK, Ahmad Shah berkata perarakan hari ini bertujuan mengiring wakil CCOK untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar kerajaan Umno-BN tidak membenarkan kilang tersebut dibina di Kuantan.

Beliau menjelaskan, buat masa ini Lynas hanya diberi kebenaran untuk membina kilang sahaja dan lesen perlombongan serta pemprosesan bahan radioaktif belum diluluskan lagi.

Tambah beliau, sebelum ini warga Kuantan yang bimbang kerajaan akan memberikan lesen tanpa mengambil kira pandangan dan kebajikan masyarakat tempatan ada menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri menyatakan pandangan mereka tetapi tiada maklumbalas sehingga hari ini.

Wakil Majlis Peguam, Andrew Khoo Chin Hock yang hadir sebagai pemerhati berkata Majlis Peguam bimbang dengan perjalanan isu ini kerana ia mmelibatkan kebajikan masyarakat tempatan, dan kerajaan sepatutnya mendengar rintihan masyarakat tempatan berkenaan isu ini.

Dijangkakan wakil CCOK akan menyampaikan memorandum tersebut kepada wakil Perdana Menteri di Parlimen pagi ini.

1 comment:

Anonymous said...

TENGOK PEMIMPIN UMNOAPCO TAK AMIK TAU LANGSUNG KESELAMATAN RAKYAT YANG DEPA TAU NAK BUAT DUIT... PENYOKONG UMNOAPCO LAGI TAK TAU, APE KATA PEMIMPIN MRK AJE LE.. BIASALAH PEMIMPIN UMNOAPCO SELALU PERBODOHKAN AHLINYA... HANYA MELALU BERJIWA HAMBA AJE MASIH SOKONG UMNOAPCO... PARTI TERHAPRAK DALAM KOMPENAN BN...