Tuesday, March 29, 2011

Cakna Rakyat PAS Parit Buntar meriah

PARIT BUNTAR, 29 Mac : Walaupun hujan lebat mencurah-curah pada waktu pagi, program Cakna Rakyat yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta PAS Cawangan Sungai Baru Pangkal telah berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat untuk menyertai pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, hampir 100 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna yang membabitkan murid pra sekolah sehingga tahun enam.

" Malah setiap acara kanak-kanak seperti tiup belon, kapal terbang kertas, isi air dalam botol serta boling kelapa mendapat sambutan ramai peserta.

" Program wanita juga mendapat sambutan hangat. Acara yang ditawarkan seperti gubahan lipatan, masakan berasaskan ubi, meraut lidi, anyam ketupat, menulis khat berjaya menarik minat penyertaan wanita dari usia muda hinggalah warga emas" katanya


Menurut Hairul Nizam, selain acara sukaneka dan pertandingan, penganjur juga turut menyampaikan sumbangan kepada 20 ibu tunggal terpilih di kawasan ini.

" Kaunter khidmat kesihatan juga dibuka untuk masyarakat di sini memeriksa tahap tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta nasihat kesihatan.

" Seramai 10 orang doktor telah memberikan khidmat secara percuma merawat mereka"katanya

Beliau berkata, kaunter daftar pemilih juga dibuka untuk memberi peluang penduduk di sini mendaftarkan diri sebagai pengundi.


"Acara sebegini sebenarnya mendekatkan kami dengan masyarakat. Sememangnya masyarakat di sini dahagakan program sebegini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi di atas penganjuran Cakna Rakyat ini." katanya

Turut hadir dalam program ini adalah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Naib Yang Dipertua, Ahmad Azhar Sharin serta ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.



Sebahagian peserta wanita menyertai pertandingan anyaman ketupat


Kanak-kanak berebut meniup belon terbesar


Golongan warga emas menerima rawatan percuma dari doktor

2 comments:

Hamdan Rukun said...

AKU YAKINLAH BUDAK BUDAK NI BILA DAH CUKUP UMUR NANTI AKAN MENGUNDI PAS !

MASALAHNYA PADA MASA ITU PAS DAH TAK WUJUD. DAH GABUNG DENGAN DAP.

AKU AGAKLAH..

HE! HE! HE!

Anonymous said...

Mcm tu je komen hang luncai. Tak Ada idea dah pencacai umporno ni