Wednesday, March 2, 2011

Ulama dunia sokong kerjasama PAS-DAP, sebab itu Najib kecam Dr Yusuf Qardhawi

Kerjasama Pas, DAP disokong ulama dunia

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYz7N4-aGSn7nSK3_Oq4MxJayCCtYKJ8EIOctju-lo05jzBVk029VkbAhT7Qoz1H9kZPBPUhjcC2dJC-O3zoEU_gXGOakkLr6L4W-ONkzCLsT8DbhjnzEScu2he7pjdEXpdMwkPmfywjfM/s1600/haji%20nasharudin%20mat%20isa.jpgMERLIMAU – Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) bukan ‘perbincangan kedai kopi’, tetapi mendapat sokongan gerakan Islam di seluruh dunia.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) mendakwa, keputusan menubuhkan PR dan bekerjasama dengan parti bukan Islam dicapai hasil perbincangan panjang dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Menurutnya, Presiden Pas ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, mengarahkan beliau yang ketika itu memegang lajnah (atau biro) antarabangsa Pas Pusat, untuk mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk berbincang mengenai pendekatan politik yang harus dilaksanakan di Malaysia.

Ini berikutan pergolakan politik melibatkan perlucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dakwaan beliau terlibat dalam kes liwat.

”Kita tubuhkan Barisan Alternatif (kini PR) pada 1998 bukan kita bincang di kedai kopi, tapi dicapai selepas pertemuan 13 pimpinan terkanan Pas yang diketuai Allahyarham Ustaz Fadzil (Mohd Noor), (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Harun Taib dan pimpinan lain dengan 13 pemimpin gerakan Islam antarabangsa.

”Majlis itu dipengerusikan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di England. Tiga hari tiga malam kita bincang; akhirnya keputusan dicapai, dibaca sendiri oleh Dr Yusuf,” katanya dalam ceramah di Kampung Chin Chin, malam kelmarin.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika berucap di Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 berkata, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih bersahabat dengan DAP.

Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, menurut Yusuf, dalam konteks Malaysia, gerakan Islam harus bekerjasama dengan parti bukan Islam yang menyokong prinsip keadilan dan ingin melawan kezaliman UMNO dan Barisan Nasional (BN).

”Untuk kita bawa risalah keadilan dan untuk rakyat rasa keadilan, menjadi satu dasar kepada pergerakan kerja kita ini, kita kena berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang, walaupun nama dan dasarnya tidak Islam, mereka bersedia terima prinsip yang diperjuangkan Pas.

”kita kena berkawan dengan dia dan lawan kezaliman yang dilakukan Barisan Nasional,” katanya.

Nasharudin berkata, dakwaan BN bahawa Pas menjadi kuda tunggangan DAP tidak berasas dan menggambarkan parti itu ketandusan isu.SH

2 comments:

Hamdan Rukun said...

USTAZ NASHA PUN DAH PANDAI TIPU. BENAR PERBINCANGAN BERLAKU TETAPI TIDAK FOKUS KEPADA KERJASAMA PAS/DAP.

PERBINCANGAN UMUM JER. KEMUDIAN SEHEBAT YUSUF QARDHAWI DIA TELAH GAGAL MEMBANTU NEGARA ISLAM MEMBANGUN DENGAN BAIK TERMASUK MESIR. SETAKAT INI DIA HANYA MENGULAS SETELAH SESUATU YANG BURUK BERLAKU.

MESIR SENDIRI SEKARANG DIKUASAI AMERIKA. APA PULAK SUMBANGANNYA DALAM MEMBANTU PALESTIN DAN MENGHANCURKAN ISRAEL?

JANGAN TERLALU MENDEWAKAN SESEORANG. TIADA MANUSIA MAKSUM SELEPAS RASULLULLAH.

Anonymous said...

hang hebat sangat ka luncai, komen macam orang tak da otak. bodoh punya komen