Monday, May 30, 2011

Mat Belia dah mengadu kena tipu hidup-hidup

Peniaga pada himpunan belia tak letak tanda harga, guna bahan polisterin

PUTRAJAYA: Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!

Itulah harga sesetengah makanan yang dijual di medan selera sempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 berakhir semalam yang mengejutkan kebanyakan pengunjung kerana dianggap tidak masuk akal.

Ramai kecewa kena tipu hidup hidup

Kebanyakan pengunjung yang ditemui kecewa dengan tindakan peniaga itu tetapi pada masa sama meletakkan tanggungjawab terhadap penganjur kerana mungkin mengenakan sewa terlalu mahal kepada peniaga terbabit yang akhirnya memindahkan kos itu kepada pengguna.

Tinjauan Berita Harian mendapati selain menjual makanan terlalu mahal, peniaga juga didapati tidak meletakkan tanda harga selain sebahagian besar menggunakan pinggan polisterin yang diharamkan di sesetengah tempat kerana tidak mesra alam sekitar dan kesihatan.

Seorang suri rumah dari Desa Pinggiran Putra berkata, beliau terkejut apabila terpaksa membayar RM20 bagi empat pinggan char koteow, RM8 bagiair bancuh dan RM9 bagi tiga jantung jagung bakar ketika menjamu selera bersama tiga ahli keluarga pada Jumaat lalu.

Akibat tiada tanda harga, kebanyakan pelanggan hanya “melopong”apabila hendak membayar kerana menyangka harga makanan adalah pada kadar biasa.
Bagaimanapun, harga makanan syarikat francais tidak dinaikkan.
Peniaga kerepek dari Kluang Johor, Ramli Kamal, 43, berkata sewa untuk tapak berkhemah berkeluasan 120 meter persegi ialah RM3,000 untuk tiga hari.

“Kebanyakan peniaga di sini ialah kecil-kecilan dan memang mereka terpaksa naikkan harga jualan untuk menampung kos.

“Kami sedar yang datang kebanyakannya remaja tetapi apa boleh buat kerana peniaga terpaksa menjaga kosnya,” katanya yang meminta sewa khemah jualan dikurangkan pada tahun depan.

Nor Akmaliyah Mohd Zainal, 17, dari Johor yang menyertai himpunan itu berkata beliau membayar RM5 bagi sepinggan char koteow dan RM2 untuk segelas air bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1.

“Saya terkejut kerana makanan terlalu mahal dan mereka tidak sepatutnya buat begitu, kami yang masih belajar bukan bawa duit banyak.

“Kalau saya tahu, tentu saya makan di tempat lain,” katanya.
Pekerja swasta, Shahrul Sahab, 26, berkata peniaga bertindak demikian mungkin kerana sewa tapak yang mahal.

Beliau berkata, tidak masuk akal harga minuman bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1 di pasar malam dinaikkan hingga RM2.

Cuaca panas membuatkan minuman seperti itu laris dan memberi pulangan lumayan kepada peniaga.

“Sepatutnya penganjur dan pihak berwajib mewujudkan harga makanan seragam dan peraturan meletakkan tanda harga perlu diwajibkan seperti biasa,” katanya.

Himpunan itu bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.
samadi ahmad

9 comments:

Anonymous said...

Kalu x kerana sewa lot gerai mahal harga tu tetap wajar.

Sume barang nak kena hangkot dari luar Pjaya. Nak harap nasik ayam 3.50?

Pulang modal pun belum tentu. Penat toksah nak cakap. Belum lagi gaji pekerja, minyak dgn sumer barang mahal belaka.

Kita sokong para penjual. Baik depa sanggop dtg jual makanan. Kalau tak ada org yg sanggop nak jual bakal kebulur la para belia.

Anonymous said...

belia ingat makan free macam biasa tapi rupanya kena beli. kena tipu sungguh. Bukan salah peniaga tapi salah UMNO ambil kesempatan buat program tekan peniaga pekena belia

Anonymous said...

P

Anonymous said...

QQQ

Anonymous said...

PADAN LA MUKA KORANG... DAH TAU UMNO NAK AMBIL KESEMPATAN DARI PROGRAM NI, YANG KORANG GATAL NAK PEGI TU WATPE?

Anonymous said...

menipu DULU, KINI DAN SELAMANYA adalah sifat semulajadi amnu.... DULU, atok/nenek/apak/amak dah kena tipu.KINI giliran lu sama anak2 lu kena tipu.....next anak cucu cicit la pulak akan ditipu, padan muka!!!

Anonymous said...

Bukan namanya UMNo kalau x merembat duit rakyat.lain kali kalau ada program UMNo bawalah rombongan sekampung baru satu kampung kena tipu.

CIKGU KEMAS said...

DULU ' KALAU X TIPU BKN CINA' SKRG ' KALAU X TIPU BKN LAH UMPORNO - PARI YG PERJUANGKAN MELAYU' ITU PU KORANG NAK JUGA G MAJLIS UMPORNO.. MAJLIS MRK KALAU NAK G KENALAH TYA ADE MAKAN FREE TAK ????? PATUTLAH YG PEGI PUN MELAYU BERJIWA HAMBA....... PATUTLAH KENA TIPU HIDUP2....

Anonymous said...

KETUA UMNO dapat gerai...pas tu sewa pula pada orang lain dng harga yg berlipat ganda.Jadi macam mana nak jual murah.Puak-puak UMNO ni memang kaki sembelih rakyat.Sebab tu perut pemimpin UMNO banyak yang boroi-boroi.Perasan tak??????Mana taknya ....dok melantak duit orang tanpa belas kesihan.Pi lah tanya kat peniaga2 di pasar malam.Tapak yang dia orang dapat tu sendiri punya atau sewa....Padan lah muka kita harga makanan di pasar malam pun macam harga kat restoran atau Cafe.Betul tak?????????