Monday, May 30, 2011

Skandal Kapal Selam: Najib menggelupur, Muhyidin senyum sampai ke telinga

Hello, I nak mintak Gani wakili I kat Paris kautim dengan Sarkozy!
You pandai-pandai la reka keterangan, takkan tak boleh? Kah kah kah...


Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata Kementerian Pertahanan termasuk kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberikan keterangan, manakala bukti akan didedahkan sepanjang perbicaraan tersebut.


“Suaram dimaklumkan peguam, siasatan akan dimulakan beberapa minggu dari sekarang.


Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.


“Dalam siasatan sebelum ini terdapat penemuan 2 lagi bayaran komisen berjumlah 30 juta Euro kepada Thales dan 2.4 juta Euro yang penerimanya tidak lagi dipastikan,” katanya ketika sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Jalan Maharajalela di sini hari ini.


Beliau memaklumkan, hakim dan pendakwaraya akan dilantik oleh Mahkamah Kebangsaan Perancis, manakala siasatan akan lebih terbuka dengan bukti didedahkan di mahkamah.


Menurut Cynthia, memberi atau menerima komisen adalah salah bagi undang-undang, kerana Perancis telah menandatangani konvensyen
Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melarang komisen bagi sebarang urusniaga pembelian senjata.

“Kes ini menjadi lewat kerana karenah birokrasi.


Perbicaraan ini cuba membongkar pihak mana yang memberi komisen, sama ada pihak di Malaysia atau Perancis,”ujarnya yang menambah, kes ini menjadi isu penting menjelang pilihan raya di Perancis.


Dalam pada itu, Suaram mengalu-alukan tawaran Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mahu tampil ke mahkamah untuk membantu siasatan.


“Beliau mengatakan bahawa Kementeriannya menghargai inisiatif yang kami lakukan.


Walaupun bukan dia yang menjadi Menteri pada waktu urusniaga itu dilakukan, tetapi bagi mewakili kerajaan Malaysia ia cukup membantu.


“Kita berpegang kepada kata-katanya.


Kita akan pastikan dia tunaikannya,” ujarnya.


Dalam pada itu Cythia memaklumkan, sehingga kini, peguam yang mewakili Suaram memberi khidmat guaman secara sukarela, atau ‘pro-bono’.


Justeru, bagi menampung kos guaman dua program bagi mengumpul dana iaitu majlis minum petang pada 21 Julai di Pulau Pinang dan makan malam pada 23 Julai di Kuala Lumpur menjangkakan kutipan sehingga RM 100,000.


Peguam yang mewakili mereka, William Bourdon akan hadir ke majlis tersebut bagi memberikan taklimat berhubung perjalanan kes dan sistem perjalanan perundangan di Perancis.


Suaram turut mengalu-alukan sebarang tajaan dana melalui bank Hong Leong di akaun bernombor 0300-0065-200.


Manakala, perkembangan mengenai program ini boleh diperolehi melalui maklumat di laman web rasmi www.suaram.net

No comments: