Monday, June 20, 2011

Himpunan Bersih 2.0 : Salah tafsir kenyataan Anwar

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Anwar_Ibrahim-edited.jpg/225px-Anwar_Ibrahim-edited.jpgKUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa berlaku salah faham apabila kenyataannya ditafsirkan media kononnya beliau tidak menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Menurutnya, beliau sentiasa menyokong perhimpunan tersebut untuk menyampaikan tuntutannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Apa yang saya cakap disalah tafsir. Saya cakap sekiranya proses pilihan raya kita bersih dan adil, sudah pasti tidak perlu adakan perhimpunan Bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang menolak cadangan Anwar meminta perhimpunan pada 9 Julai ini dibatalkan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, media perdana sengaja melaga-lagakan beliau dan Ambiga namun usaha tersebut nampaknya tidak berjaya.

Menurutnya, sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan itu, beliau juga akan menyertai perarakan.

Anwar ketika ditanya sama ada Buku Hijau diwujudkan Pas akan memberi kesan kepada PR, menjelaskan, tiada percanggahan antara kedua buku itu.

Pas baru-baru ini melancarkan Buku Hijau yang akan memperincikan negara berkebajikan setelah panel pelaksana ditubuhkan minggu lalu.

No comments: