Wednesday, June 22, 2011

MCA buat laporan polis terhadap Ibrahim Ali

http://media1.malaysiakini.com/244/41f087998e16f649f08b92132f52cfd0.gifKUANTAN - MCA Bahagian Indera Mahkota melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dalam satu dialog yang dianggap berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina sekiranya perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan tidak dibatalkan.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota, David Choi Soon Kiang berkata, kenyataan Ibrahim itu tidak berasas dan berharap Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri agar mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas Ibrahim Ali.

“Dia (Ibrahim Ali) sentiasa menyentuh isu-isu perkauman jika membuat sesuatu kenyataan dan ini boleh menyebabkan perpecahan dan persengketaan antara kaum di Malaysia.

"Keharmonian dan perpaduan antara kaum tidak boleh dimusnahkan pihak ekstrem seperti Ibrahim Ali,” katanya.

David berkata dialog Ibrahim Ali telah membawa maksud mengugut, mengancam kaum Cina dan sentiasa menyentuh isu perkauman.

“Kemerdekaan Malaysia adalah hasil perusahaan daripada berbilang kaum Malaysia, perpaduan yang dibina oleh semua kaum di Malaysia ini seharusnya dihormati oleh semua pihak.

"Dia telah banyak kali menyentuh isu-isu atau topik yang sensitif yang boleh menyebabkan perpecahan kaum dan memusnahkan aman damai negara serta menjejaskan imej negara,” katanya.

Menurutnya, sekira perkara ini dibiarkan maka ia akan menjejaskan imej dan perkembangan BN dan negara pada masa hadapan.

“Kita mesti menghapuskan kumpulan ekstrem seperti ini di negara ia supaya ia tidak menjadi duri dalam daging negara kita,” katanya.

David mewakili Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, menggesa pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan ke atas Ibrahim Ali.

No comments: