Wednesday, June 22, 2011

PAS Terengganu yakin tawan kerusi bandar dan pinggir bandar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgw7y87g2P_qEEulJ5NjQ4q2u00rK3jEBLzzlypR5LNZGsabvdQOAUuVmyv8iJGN6R3a7gy7FmBtkVRCy8DAuc5BZ2EPGrfYwNj7i1ptzP133scCkyVL57cJZ_FzA_KAbN2EYirK-lvZ4c/s1600/Ust+Nik+Mohd+Zawawi2.JPGKUALA TERENGGANU – Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di bandar dan pinggir bandar diramalkan akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pengundi-pengundi yang tinggal di kedua-dua kawasan tersebut lebih jelas dengan keadaan politik semasa serta lebih bermaklumat.


“Sasaran kita adalah pengundi di kawasan bandar dan luar bandar. Insya-Allah, kedua-dua kawasan tersebut akan jadi milik Pas kerana generasi baru khususnya tidak nampak mereka memberi soko-ngan kepada parti kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Ditanya jumlah DUN yang dijangka dirampas pembangkang, beliau enggan menjelaskan secara lanjut.

Beliau turut menjangkakan dua daripada DUN khusus di Kemaman mampu diambil alih pembangkang.

“Majoriti bersama kita, kita tidak mahu sebut DUN yang mana satu tetapi dua DUN di Kemaman insya-Allah dalam tangan,” katanya.

Dalam masa sama, pihaknya tidak mengabaikan kawasan luar bandar sebaliknya turut menjangkakan kawasan Hulu Besut, Permaisuri dan Jabi mampu menjadi milik Pas.

Mengulas berhubung DUN Ajil dan Telemong yang dikatakan telah mencapai sasaran Barisan Nasional (BN) dalam menarik pengundi kepada parti kerajaan iaitu 60 peratus pengundi baru sebagai pengundi BN, beliau nyata tidak bimbang dengan perkembangan tersebut.

“Kita menyasarkan sebanyak 65 peratus pe-ngundi muda di setiap kawasan sebagai penyokong pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu ditambah dengan maklum balas yang diterima golongan muda terhadap pembangkang dan menyifatkan perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang positif dalam usaha pembangkang mengambil alih kerajaan.- SH

1 comment:

pasulukinta said...

DUN luar bandar dan DUN bandar mampu dimiliki oleh PAS, UMNO/BN milik DUN mana