Monday, June 6, 2011

Negara Berkebajikan Ro$mah dan Kroni

Benarkah perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan ?

Dalam bidang pendidikan - wujud PTPTN

kesihatan -subdisi perubatan ditarik, ubat-ubatan kena bayar

subsidi makanan dan minyak - harga naik, GST dilaksanakan

Malang sekali jadi ahli UMNO Baru, mempunyai pemimpin lidah bercabang.



ASTANA (KAZAKHSTAN) 7 JUN : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Umno-Barisan Nasional sudah pun memperjuangkan negara berkebajikan yang mahu ditubuhkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

Najib berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak menjelaskan kenapa kemudahan-kemudahan itu semakin ditarik balik, khususnya pemberian subsidi untuk barangan keperluan manakala subsidi dan ganjaran untuk syarikat-syarikat kaitan Umno tidak diusik.

“Perubahan slogan tagline PAS yang bukan lagi untuk mewujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru tetapi labelling baru saja,” katanya dipetik Bernama Online.

Najib mengadakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan akan menghadiri pula Forum Pembangunan Ekonomi Islam (WIEF) Ketujuh Rabu dan Khamis ini, di mana beliau akan turut menyampaikan ucapan bersama beberapa ketua negara lain.

Najib mengulas mengenai keputusan pemilihan pada muktamar PAS yang berakhir semalam.

Najib berkata barisan kepimpinan PAS itu mencerminkan kesediaan parti itu menghadapi pilihan raya berbanding perjuangan membangunkan sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Pengerusi BN ini berkata terbukti apabila mereka telah menguar-uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada bulan Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan PAS melihat soal pilihan raya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak yang ingin mengambil alih kuasa dalam PAS.

Bagaimanapun Najib tidak memberikan sebarang alasan untuk menyokong hujah kononnya PAS mengabaikan perjuangan Islamnya untuk kemenangan politik.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan matlamat dan hala tuju PAS tetap berpaksi kepada sebuah negara berkebajikan yang akan membebaskan rakyat daripada pemerintah yang mengaut hasil negara untuk memperkayakan diri dan keluarga serta rakan sebagaimana yang berlaku sekarang.

No comments: