Friday, July 1, 2011

PAS Perak hantar 50 ribu ahli PAS ke himpunan BERSIH 2.0

IPOH – Pas Perak akan menghantar 50,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain berkata, setiap kawasan telah menghantar wakil untuk menyertai perhimpunan itu yang akan diketuai Ketua Lajnah Pergerakan Demokrasi dan Mobilisasi, Rahim Nordin.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memahami matlamat himpunan rakyat itu untuk memulihkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

“Lihat pada Perlem-bagaan Malaysia, berhimpun tidak bertentangan dengan akta yang ada dan sepatutnya kerajaan dan polis perlu beri layanan baik kepada rakyat sepertimana pada himpunan 1 juta Belia baru-baru ini.

“Himpunan itu diadakan dengan niat rakyat supaya kerajaan memberikan ruang untuk berbincang dalam lapan tuntutan Bersih.

“Kerajaan tidak pernah ambil peduli dengan lapan tuntutan itu dari tahun 2007 hingga sekarang,” katanya, di sini, semalam.

Katanya, Perdana Menteri sepatutnya menunjukkan idea-idea progresif di dalam dan di luar negara dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan tanpa halangan.

“Sebarang tindakan keras, kegagalan menjamin keselamatan rakyat pada 9 Julai ini atau retorik yang mencemuh rakyat mencerminkan kegagalan beliau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat,” jelasnya.SH

4 comments:

Anonymous said...

Mintak maklumat sedikit. Kami dengar untuk saudara kita di Sungai Siput dapat tajaan tiket keretapi.

Kami di Parit Buntar, bagaimana ?

Anonymous said...

tak dengaq cita pun, apa-apa pun nak pi kena rujuk pas cawangan masing2 untuk info terkini

Anonymous said...

Rasanya tajaan-tajaan seperti ini dilakukan oleh individu yang tidak berkemampuan untuk pergi (sakit, bekerja, terikat dengan akujanji dan sebagainya), namun bersemangat dan berkemampuan dari segi kewangan lalu menaja beberapa peserta yang tak mampu dari kewangan. Jangan berkira sangat sahabat kalau nak berjuang.

Kami di Kedah... keluar duit sendiri... kalau ada pun tajaan mungkin sebagai top up je.

Ini yang membezakan kita dengan UMNO/BN.

Anonymous said...

Terima kasih,

Apapun insyaallah kita akan hadir. Cuma kalau dapat difikirkan kepada anak muda yang tidak turun ke laut mungkin sehingga 2/ 3 hari.

Kalau tiada, kita insyaallah akan ikhtiarlah..