Friday, July 1, 2011

Rakyat perlu nilai kehidupan pemimpin BN

PARIT BUNTAR, 1 Julai : Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 telah mengejutkan banyak pihak.

Timbalan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat semasa persidangan Dewan Rakyat.

“ Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa perbelanjaan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri berjumlah RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

“ Kerajaan juga membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri” katanya

Beliau berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM49 juta setahun.

“Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76”katanya

Hamdan mempersoalkan seruan kerajaan yang meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan sedangkan pemimpin kerajaan melakukan pembaziran wang rakyat.

“ Senarai pembaziran kerajaan Umno-BN terlalu panjang untuk disenarai, termasuk pembaziran yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak bersama isteri untuk lawatan ke luar negara.

“ Rakyat perlu menilai kehidupan mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang dengan kehidupan mewah pemimpin kerajaan UMNO-BN yang boros membelanjakan wang rakyat”katanya

No comments: