Friday, July 1, 2011

Polis tahan Exco Selangor selepas program mesra rakyat


SERENDAH 2 JULAI : Exco Selangor, Ronnie Liu ditahan polis selepas menghadiri Ceramah Perdana Agenda Negeri Selangor sempena Program Khas Mesra Rakyat daerah Hulu Selangor di Dewan Komuniti, di sini, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Twitternya menulis, Ronnie ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari ceramah berkenaan.

" YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar,"tulis beliau.

Difahamkan Ronnie dalam ceramahnya mengajak rakyat beramai-ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Walau bagaimanapun, usaha Tv Selangor menghubungi Ronnie pagi ini tidak berhasil apabila talian telefon bimbit beliau seolah-olah dimatikan.

Tv Selangor kemudiannya menghubungi seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong yang turut bersama Khalid dan Ronnie ketika dalam perjalanan pulang dari ceramah tersebut.

Menurut beliau, mereka ketika itu sedang melalui jalan lama menuju ke lebuh raya dengan diiringi sebuah kereta peronda polis, namun tidak semena-mena kenderaan polis itu bergerak perlahan sebelum datang sebuah lagi kereta peronda yang lain.

" Dekat Rawang tiba-tiba kereta peronda bergerak lambat seperti 20 kilometer sejam dan tiba-tiba ada sebuah kereta peronda potong kereta kami dan berhenti. Kami semua keluar dan tengok YB Ronnie dibawa. Kereta itu kemudiannya berpatah balik,"kata beliau.
Tambah Eli, beliau telah diberitahu, exco berkenaan sudah dibebaskan sekitar jam 4 pagi tadi.

Ronnie difahamkan dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk disoal siasat malam tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM3,000.

6 comments:

tungkaran hati said...

cubalah tunjukkan sejujur atau sebersihnya apakah peranan PAS di Selangor....kami melihat PAS hanyalah pengampu atau pecacai untuk DAP dan PKR!
Apakah pentadbiran PR hanya dimonopoli oleh DAP dan PKR sahaja hinggakan suara-suara dari PAS dibuang bagitu sahaja atas nama musyawarah?

Anonymous said...

tungkaran atau tadak karan, copy paste tak da kerja lain

Anonymous said...

Lu tungkaran cukup celako, lu islam ke free thinker? lu x nmpk ke exco agama selangor, pendidikan dan pembangunan org pas ke dap?? tu pun lu x nmpk peranan pas memang lu jenis anakharam jadah kot... yg gua tahu umporno yg lu agongkan tu pemecah belahkan rakyat krn x de kuasa, barua betulah lu ni...

tungkaran hati said...

pada Anonymous...!pasai apa marah sangat kat saya? tapi cuba hangpa pi tanya pengundi-pengundi PAS sama ada depa suka ka tidak kelaku PAS la ni terutamanya bila bersahabat baik dengan DAP dan PKR sampaikan sanggup membuang perjuangan Negara Islam....

Anonymous said...

Mesti lah gu marah sbbnya lu buta, mcm mane lau kata pas x de peranan. kalau x de peranan masa kan ade 3 exco dlam kerajaan... lu pengampu umporno x tau ke umporno hilang kuasa di selangor dah gila meroyan ajak pas tubuh kerajaan perpaduan.. masa umporno kuat tak mau ajak pas bergabung bila dah tersepit baru tau.... lu pulak sokong membuta tuli aje.... fikiq lah sikit...

Anonymous said...

memang tungkaran , otak tak ada karan diupah untuk buat komen macam tu