Tuesday, August 9, 2011

Jelajah Kebajikan bersama Mutiara Infaq dan Ahli Parlimen Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 10 Ogos : Sikap prihatin pertubuhan Mutiara Infaq terhadap golongan yang kurang bernasib baik mendapat pujian daripada Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dalam program jelajah kebajikan Mutiara Infaq, sebanyak 20 buah skuad motor besar dan 10 buah kereta telah singgah di sebuah rumah keluarga Norhayati Mat Razak, balu kepada lima orang anak yang masih bersekolah. Dua daripadanya tinggal di rumah anak yatim di Kuala Lumpur.

Skuad ini telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga ini untuk meringankan beban mereka.

Dr Mujahid berkata dalam ucapannya dalam majlis tersebut, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Mutiara Infaq yang sudi turun padang di kawasan Parlimen Parit Buntar untuk menyampaikan sumbangan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Penasihat Mutiara Infaq, Zulkifli Lazim yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan Hospital Muslimah Malaysia.

Turut hadir dalam majlis sumbangan tersebut ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Pengarah Mutiara Infaq, Izham Hashim, pemimpin Mutiara Infaq, Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad serta pimpinan PAS Parit Buntar.

No comments: