Tuesday, August 23, 2011

Kes Fitnah Liwat II : Pendakwaraya tekan Pakar Australia


KUALA LUMPUR 24 OGOS : Hari ketiga sesi membela diri kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Yusof Zainal Abiden menyoalbalas pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells.

Yusof sejak dari awal konsisten cuba mendapatkan persetujuan daripada David untuk mengukuhkan dakwaan bahawa laporan perubatan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menimbulkan sebarang keraguan.

Laporan itu merujuk kepada perkataan "konklusif" yang dianggap kurang jelas dan bukan amalan biasa bagi seorang pengamal perubatan untuk membuat catitan sedemikian.

Malah ketika soaljawab oleh peguambela Sankara Nair semalam, David turut mendakwa berdasarkan salinan laporan tersebut, beliau menyifatkan ianya bukan ditulis oleh seorang doktor berpengalaman.

Pengadu Saiful Bukhari Azlan hadir ke HKL pada 28 Jun 2008 dan memberitahu tiga doktor pakar yang memeriksanya bahawa beliau diliwat oleh seorang VIP dua hari sebelum itu.

Beliau sebelum itu ke Hospital Pusrawi, di mana beliau telah diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang kemudiannya mencadangkan kepada Saiful untuk ke HKL.

Berdasarkan laporan perubatan yang dikeluarkan, tiada sebarang kecederaan dikesan pada dubur Saiful namun beliau mendakwa berlaku kejadian liwat.

David kemudian bersetuju dengan Yusof bahawa kebanyakkan kes rogol tidak semestinya mendatangkan kecederaan pada alat sulit mangsa.

Yusof seterusnya memberitahu mahkamah terdapat satu kes sekitar tahun 80-an di mana sperma berjaya ditemui pada dubur mangsa rogol walaupun telah dicuci dan melebihi 30 jam.

Namun David bertegas ianya merupakan kes yang amat jarang berlaku.

"Masih tidak tepat dan ianya masih kes tunggal. Saya gembira jika saya boleh menemui perkara yang sama," ujar beliau.

Mahkamah kini berehat sebentar selepas pendakwaraya memohon untuk menyemak kertas soalbalas.

No comments: