Wednesday, August 10, 2011

MARI BACA!!! Punca Musa Hassan dan Rodwan takut ditemubual bila Anwar ada



Musa Hassan dan Rodhwan adalah antara saksi penting yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan. Walau pun dibenarkan oleh hakim, kedua-dua insan yang banyak berjasa kepada kerajaan BN ini enggan berbuat demikian jika Anwar ada semasa proses temu bual itu berlangsung. Orang lain pelik! Saya pun pelik! Anda pun pelik!

Jawapan keengganan mereka ditemu bual jika Anwar hadir ada dinyatakan dalam berita di Berita Harian. Sebenarnya petikan berita ini saya ambil dari berita yang sama memerihalkan kemungkinan Najib-Rosmah akan ditemu bual di mahkamah berhubung dengan Drama Liwat II. Saya sengaja memisahkan kedua-dua cerita agar lebih berfokus. Jika mahu tergelak pun, kita gelakkan pada kiriman ini sahaja.

Kata pihak pendakwaan:
[BH] ....Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.

Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan.


Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.

Anda mahu gelak? Silakan!

Bekas KPN yang takut kepada Anwar Ibrahim? Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof takut kepada Anwar Ibrahim? Pasukan pendakwa bimbang kedua-dua saksi ini akan dimanipulasi oleh Anwar untuk memberikan jawapan mengikut kehendaknya. WOW!!!!!!!

Kedua-dua bekas dan anggota polis yang memegang jawatan tinggi, kononnya hebat, takut dan mudah dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim? Teruk! Macam mana kalau mereka ditangkap oleh teroris? Habis rahsia negara terburai!

ADUHAI!!!!!

Bukan saya kata, bukan DCM sengaja mereka-reka cerita, tetapi berita di atas menyatakan sedemikian!

Alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ini bukan sahaja merendah-rendahkan kedua-dua saksi itu, tetapi jelas menunjukkan saksi itu seolah-olah "takut kerana salah". Jika berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Berani kerana benar! Biarlah sesiapa pun yang hadir, kalau orang itu salah, dia tetap salah!


P/s: Konspirasi Drama Liwat II ini akan terburai!DCM

3 comments:

samat mamat said...

kah kah kah

Anonymous said...

Malang Malaysia ni telah lantik anak ulama tersohor jadi KPN dulu ye, rupanya setelah hilang kuasa (pencen) jadi penakut pulak mcm rekrut di pulapol diserkah oleh jurulatih (kecot teloq).. Rodwan pun mcm tu jugak lah rupanya,kecot telog cuma berani di akhbar dan di balai aje, dego citer takut bini pulak tu.... oh sakti penting konperator.....

Unknown said...

betul tu, pandangan yang bernas, takut kerana salah. memang salah pun.