Wednesday, August 10, 2011

Adakah PERKASA dan UMNO akan berdemo sebab Guan Eng beri duit Raya kepada Guru Kafa, kerajaan Pusat pun tak bagi

NONEKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awan negeri itu.

Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.


Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.)


Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP.


Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 'duit raya'.


"Kita bagi tambahan RM100," kata Lim dalam sidang akhbar hari ini.


"Ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan awam dam guru Kafa," katanya.

4 comments:

dankuala.com said...

Saya dengar Kerajaan Kelantan juga akan beri bonus 2 bulan gaji kepada kakitangan mereka.

Manakala Nik Aziz dan konco konconya hanya akan mengambil wang balak sahaja.

Anonymous said...

Itu lah untungnya kerajaan dan pembangkang sama kuat, masing2 cuba nak amik hati rakyat berlumba2 bagi imbuhan.. zaman BN kuat ape kata mrk aje nak bagi dan x bagi pun boleh... yg untung rakyat marhean....

Anonymous said...

Jgn pulak Rezal Merican kata lebih RM100 tu duit judi main pakau pulak.. kakitangan yg ahli umporno kalau x nak duit tu sedekahlah kat masjid2, dibulan ramadan ni beso pahala...

Anonymous said...

dankuala , pencacai umporno kerja buat fitnah walaupun bulan posa